in

[Video Viral] SERAM! Suara Hantu Di Kolej UKM

Hantu1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[Video Viral] SERAM! Suara Hantu Di Kolej UKM
Loading
/

Bab cerita-cerita seram ni admin penakut sikit. Kalau malam-malam nak tidur tu la terbayang macam-macam…


Suara sedang menangis

Di Twitter, viral satu video durasi selama 22 saat tu, dipercayai telah di rakam oleh staff IPTA tersebut ketika berada di kawasan sebuah bangunan. Bunyi satu suara seperti ada benda yang sedang menangis. Bunyi suara dalam video tu sangat jelas dan kalau dengar betul-betul… Sumpah seram!

Sumber: Twitter

Admin pernah la juga tidur dekat kolej uni ni dulu masa ada program… Hmm… sesungguhnya agak seram juga la kalau jalan sorang-sorang. Lagi-lagi bila waktu malam, dah la kawasan uni ni besar. Fuhh!

Tingkap bilik bergegar

Ada juga cerita yang admin baca dekat satu blog bernama Fiksyen Shasha  ni, pelajar uni ni sendiri yang kongsi pengalaman mereka. Ada satu kisah seram, tentang kolej atas bukit. Nak dijadikan cerita, pelajar ni kena campak duduk dekat flatlet yang baru dibuka sebab dah dua tahun tak berpenghuni. Masa tengah syok main handphone tu la tingkap bilik dia bergegar sampai 20 saat tak berhenti sampai bilik lain boleh dengar. Terus dia dengan kawan dia lari pergi bilik lain sebab takut nak duduk bilik tu. Siap ada ustaz datang campak-campak garam dan lada hitam untuk halau benda tu.

Eee…meremang bulu roma admin baca cerita seram macam ni!

Tapi bila baca komen-komen netizen dekat Twitter, rupanya ada juga yang pernah dengar suara menangis tu.

Seram 1
Sumber: Twitter

Lepas tu ada yang kata kolej dekat uni tu dah 5 hari ada histeria!

Seram2
Sumber: Twitter

Tak kurang juga ada yang fikir video ni mungkin prank je tapi tak sangka bukan main-main. Yela mana la tahu ada plot twist ke…

Seram3
Sumber: Twitter

Ok ni paling kelakar, ada yang rasa sebenarnya bunyi tu datang dari video ni!

Sumber: Twitter

Hahaha tergelak pula admin tengok video ni. Dari seram terus hilang dah rasa seram tu. Tapi apa-apa pun jangan biarkan perasaan takut menguasai diri kita. Baru la benda tu tak berani nak kacau.

So korang pernah kena kacau tak dekat uni? Ce share dengan admin dekat komen!

Baca: Seram Malam Jumaat: 5 Cerita Hantu Korang Dengar Masa Kecil Dulu

Pocong Woi 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.