in

Video Viral Satu Flat Positif Covid-19 Adalah Video Lama – Pegawai Daerah Hulu Langat

Serdang2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral satu video berkenaan dengan sekumpulan warga asing positf Covid-19 di media sosial baru-baru ini, Kosmo! melaporkan bahawa kejadian dipercayai berlaku selepas salah seorang pekerja asing yang dijangkiti Covid-19 terbabit melakukan ziarah raya di pangsapuri berkenaan.

Mereka semua naik ke dalam satu bas untuk tujuan pengasingan. Namun begitu, terkini Kosmo! melaporkan bahawa video viral yang berdurasi 2 minit 17 saat itu disahkan video lama.


Kata Pegawai Daerah Hulu Langat, Najmuddin Jemain, pihaknya sedia maklum tentang video tersebut dan membuat semakan dengan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Video lama pada Disember lalu

https://www.facebook.com/100057206407743/videos/265085315408347/

Kata pihak PKD, pihaknya kini tidak lagi melakukan saringan besar-besaran, jadi ia dirumuskan bahawa itu adalah rakaman lama yang dikitar semula.

“Semakan yang dilakukan mendapati video berkenaan adalah video lama yang dirakam sewaktu program saringan besar-besaran oleh pihak PKD dan kali terakhir ia dilakukan adalah pada Disember tahun lalu.”

Menurut Najmuddin lagi, pihaknya juga memperjelas bahawa kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan Seri Serdang, bukanlah di Balakong seperti mana yang di dakwa oleh orang ramai yang mendapat info menerusi WhatsApp.

“Semakan lanjut turut mengesahkan bahawa rakaman itu bukanlah dibuat di kawasan Balakong sebaliknya dipercayai dirakamkan di kawasan Seri Serdang yang berada di bawah Daerah Petaling.”

Sebelum ini ada pihak mendakwa bahawa kesemua individu berkenaan menetap di sebuah flat di Taman Impian Balakong dan dijangkiti Covid-19 selepas salah seorang daripada mereka yang disahkan positif pergi ke setiap rumah untuk beraya.

 

Baca : Tak Berhati Perut! Lelaki Pukul Warga Emas Sampai Mati Lepas Rompak Rumah di Serdang

Serdang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.