in

[VIDEO] Viral! Kapal Terbang ‘Tergantung’ Beberapa Hari Di Udara, Cetus Pelbagai Teori

Fi Kpl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, viral satu rakaman video yang melihatkan seolah-olah sebuah kapal terbang ‘tergantung’ di udara.


 

Dua hari di tempat yang sama

Dalam satu posting yang dimuat naik oleh pemilik akaun @lesxballboa di TikTok, dia mendakwa bahawa telah melalui jalan ini dan terlihat sebuah pesawat bagaikan tidak bergerak di udara. Selepas itu dia terlihat ada pesawat lain melintasi kawasan itu, dan barulah dia perasan yang pesawat ‘tergantung’ itu memang tak bergerak.

Namun dua hari kemudian, dia melalui lokasi tersebut semula dan masih nampak pesawat itu ada di tempat tersebut. Dia yang seakan buntu dengan perkara yang terjadi, meminta orang ramai untuk menjelaskan apa yang berlaku.

“Saya mula rakam sebab saya perasan pesawat ini statik di udara. Ada pesawat lain telah melintasi beberapa minit lepas, jadi saya tahu ia tidak bergerak.

“Saya lalu lagi dua hari kemudian dan lihat ia lagi. Sesiapa tolong jelaskan, katanya.

@lesxbalboa

I know this isn’t normal… & google says it’s rare so why did I see it twice ?! #foryou #fyp #xyzcba

♬ Blade Runner 2049 – Synthwave Goose

 

“Menangis saya tengok komen” 

Di ruangan komen posting tersebut, ramai yang memberikan teori mereka namun semestinya bukan jawapan yang kita ternanti-nantikan.

Reak Kpl 1 Edit

Reak Kpl 2 Edit

Reak Kpl 3 Edit

 

Ilusi optik

Walau bagaimanapun menurut DailyStar, kejadian itu kemungkinan merupakan ilusi optik kerana fenomena yang sama pernah berlaku di Moscow Rusia, pada 2018 lalu.

Semasa kejadian itu juga pengguna jalan raya mendapati pesawat kelihatan statik di udara.

Hal ini turut dipercayai, berpunca daripada kelajuan pesawat, angin yang datang dari arah berlawanan serta posisi kereta ketika terlihat pesawat itu yang membuatkan ia kelihatan ‘tergantung’

 

Baca : “Penuh pesawat, tak pakai mask” – Elak Sekatan Covid-19, Pasangan Buat Wedding  Atas Udara Dengan Keluarga & Kawan

Fooot Kpl

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.