in

“Penuh pesawat, tak pakai mask” – Elak Sekatan Covid-19, Pasangan Buat ‘Wedding’ Atas Udara Dengan Keluarga & Kawan

ft kahwinpesawat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana mahu mengelak daripada peraturan pencegahan Covid-19, pasangan pengantin dari India ini sanggup menyewa sebuah jet khas bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan, perkahwinan Rakesh dan Dakshina dilakukan di dalam pesawat SpiceJet ditemani keluarga dan rakan-rakan. Berdasarkan sebuah rakaman video yang viral, pesawat Boeing 737 berkenaan dilihat sesak dengan tetamu mempelai dari bandar Madurai dan rata-ratanya dilihat tidak menjaga penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.


Difahamkan, pesawat tersebut terbang dari Tamil Nadu dan negeri itu menguatkuasakan undang-undang lebih ketat dengan hanya 50 tetamu dibenarkan dalam sesebuah majlis perkahwinan.

 

Namun begitu, pihak berkuasa lapangan terbang itu berkata mereka tidak mengetahui berkenaan upacara perkahwinan yang diadakan atas udara itu. Pasangan itu dilaporkan melakukan upacara tersebut ‘tetap’ di atas Kuil Madurai Meenakshi Amman, memang lokasi yang dihajatkan oleh pasangan.

Kami tidak mengetahui mengenai upacara perkahwinan yang berlangsung di udara.”

Susulan daripada insiden itu, kakitangan pesawat SpiceJet yang berada dalam penerbangan itu telah diberhentikan daripada tugas. Pasangan itu pula didapati melanggar undang-undang penerbangan awam iaitu:

  • Kedua-dua pengantin tidak memakai pelitup muka
  • Tetamu duduk berhimpit antara satu sama lain tanpa mematuhi penjarakan fizikal

spicejet

Jurucakap Jabatan Penerbangan Awam (DGCA) turut menyarankan agar syarikat penerbangan mengemukakan aduan terhadap pengantin baru itu serta kesemua tetamu mereka.

Menurut Today Online, semua yang terlibat dikatakan mungkin boleh dilarang daripada menggunakan penerbangan penumpang di masa akan datang. Menurut wakil SpiceJet,

Ejen dan penumpang diarahkan mengemukakan laporan secara tertulis atau lisan, mengenai penjarakan fizikal dan norma keselamatan yang harus diikuti sesuai prosedur Covid-19, baik di lapangan terbang atau dalam pesawat selama perjalanan.”

Baca: Krisis Covid-19 India: Sebab Terdesak, Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak

Krisis Covid 19 India Sebab Terdesak Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.