in

[Video] Ular Besar Dipercayai Kobra Bersarang Dalam Laci Meja Kelas, Lepas Sekolah Tutup 3 Bulan sebab PKP

Ular Besar Ditemukan Di Bangku Sekolah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Telah dimumkan secara rasmi bahawa sekolah akan dibuka semula, jadi harap murid-murid berwaspada untuk semak dibahagian-bahagian yang tersembunyi bimbang apa-apa yang ada ‘menumpang’ di dalam kelas.


Ini terbukti apabila satu video tentang penemuan seekor ular besar di dalam laci meja pelajar di kelas.

Ia diketahui setelah ada pelajar yang dah mula masuk ke kelas. Kita sedia maklum sekarang ini pelajar tingkatan 5 dah mula masuk sekolah kan..

Umumnya kita tahu bahawa sebelum ini sekolah ditutup selama 3 bulan dan murid-murid terpaksa belajar melalui online.

Disebabkan itu sekolah jadi terbengkalai dan tak ada seorang pun yang masuk.Jadi tidak mustahil lah ular boleh datang sebab tak ada orang sedar.

Video itu viral di Facebook menerusi perkongsian daripada laman Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia).

Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang ?Kredit video: Man Darulaman

Posted by Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) on Selasa, 16 Jun 2020

Video berdurasi 3.52 itu telah meraih 156 perkongsian sejak ia mula dikongsikan pada 16 Jun lepas.

“Sekolah dah nk buka..harap pihak sekolah periksa setiap laci meja murid takut ada yang menumpang?”

Lokasi sekolah tidak dikenalpasti. Bagaimanapun ada netizen anggap ular itu jenis ular kobra namun tidak disebutkan dnegan jelas jenis ular tersebut.

 

Baca : “Dia lapar sebab tu nak makan tuan” – Bela Ular Sawa, Wanita Nyaris Maut Lepas Ular Peliharaan Cuba Belit

Ular

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.