Beberapa bulan lalu telah tular sebuah video, memaparkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sedang memberikan ceramah dan secara tiba-tiba terdiam sambil memandang ke satu arah sebelum menyambung semula ceramahnya.
Kejadian itu telah membuat netizen tertanya-tanya mengenai apa yang dilihat oleh UAI sekaligus menyebabkan segelintir warganet membuat spekulasi dan andaian sendiri sehingga ada yang mengaitkan dengan makhluk ghaib.
Walau bagaimanapun, persoalan orang ramai akhirnya terjawab apabila UAI menerangkan dalam satu ceramahnya baru-baru ini serta menafikan semua dakwaan tersebut.
@nobody_noname_noone Alhamdulillah terjawab jgak #ustazazharidrus #UWA #viral
Menurut UAI, ketika dia sedang memberikan ceramah itu, dia melihat sekumpulan kanak-kanak yang bermain di tingkat atas masjid berkenaan, namun apabila dia melihat kanak-kanak itu bertindak melarikan diri.
“Budak ni tanya dalam TikTok, saya tengok atas dalam masjid. Tengok apa? Ramai tanya. Dia sebenarnya budak-budak. Atas tu tak siap lagi, tapi saya dengar mereka panggil saya.”
“Bila kita angkat kepada dia lari. Ada empat, lima orang, masa tengah-tengah (ceramah) dia mari lagi. Bila saya tengok je dia lari,” katanya.
Di akhir video tersebut, UAI meluahkan rasa geli hati terhadap segelintir netizen yang mendakwa dirinya terpandang kelibat malaikat maut ataupun Nabi Khidir.
“Tapi netizen macam-macam malaikat maut, Nabi Khidir. Tu netizen dia laju sikit,” ujarnya dalam nada bergurau.
“Ada yang dok buat pandai spekulasi sendiri” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa lega apabila mendengar penjelasan dari UAI yang menafikan dakwaan mistik yang berlaku semasa ceramah di Terengganu pada bulan Mac tahun ini.
Haa akhirnya misteri terjawab!