Kelakuan aneh pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam ceramahnya baru-baru ini telah membuatkan ramai netizen tertanya-tanya. Ianya tular menerusi satu rakaman di TikTok sehingga meraih lebih 2.4 juta jumlah tontonan dalam masa sehari ia dikongsikan.
“Masa ni saya tengok kat atas takda apa pun”
Dalam video berdurasi 39 saat milik individu yang mendakwa dirinya sebagai salah seorang jemaah yang menghadiri program ceramah itu, dilihat UAI sedang memberikan ceramah dan tiba-tiba UAI terdiam sambil memandang ke satu arah sebelum menyambung semula ceramahnya itu.
Menurut pemilik video ini, saat UAI melakukan reaksi tersebut, dia juga ada pandang ke atas untuk melihatnya tetapi tidak nampak apa-apa.
https://www.tiktok.com/@happysokm0o/video/7212877987891481883
Menurut video, kejadian ini berlaku di Masjid Kg. Kuala Bekah, Terengganu pada 7 Mac 2023 lepas, malah individu ini juga menjelaskan yang UAI tidak ada menjelaskan apa yang berlaku dan melakukan ceramah seperti biasa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan rasa gerun dan bimbang, malah ada juga yang mengaitkan dengan situasi UAI yang kini kesihatannya tidak begitu baik sekarang.
Pada 16 Mac lepas, Harian Metro ada melaporkan bahawa Ustaz Azhar Idrus telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana batuk dan masalah paru-paru.
Baca : Pesanan Buat Si Penyondol, Haram Hukum Ganggu Rumah Tangga Orang Sampai Bercerai – UAI