Hati isteri mana yang tak terguris bila dapat tahu suaminya itu main kayu tiga, lebih-lebih lagi kalau layanan yang diberikan kepada isteri itu sangatlah teruk, bukan itu sahaja apabila ditanya, si suami hanya mahu berdalih bahkan memarahi isterinya pula.
Itulah yang terjadi dalam satu video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nur Syuhadah ini apabila dia difahamkan dapat tahu yang suaminya curang.
Now! Cerai Alhamdulillah – Suami
Dalam masa 16 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada 400K jumlah tontonan, menurut Syuhadah, ini bukanlah pertama kali suaminya itu berkelakuan sedemikian.
Malah, difahamkan penceraian suaminya dengan bekas isterinya yang lain juga adalah disebabkan hal yang sama, malah perselingkuhan itu juga dikatakan dengan orang yang sama.
Macam mana kelakuan suaminya itu? Tengok di bawah ini.
https://www.tiktok.com/@nursyuhadaofficial7/video/7082347281621519642?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Baru kenal dan kahwin
Dalam perkongsiannya yang lain, Syuhadah menjelaskan bahawa dia mula berkenalan dengan suaminya ini pada awal tahun ini (1/1/2022), mereka mula bersua pada 9/1/2022 dan bertunang 13 hari selepas pertemuan mereka (21/2/2022) sebelum melangsungkan perkahwinan pada 22/2/2022.
https://www.tiktok.com/@nursyuhadaofficial7/video/7082596592771026202?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kantoi curang dengan pelakon sendu?
Video kelakuan suaminya itu telah tular ke Twitter dan meraih lebih daripada 1,200 jumlah retweets dalam masa 12 jam. Menurut sumber di Twitter ini , si suami itu dikatakan curang dengan seorang pelakon.
https://twitter.com/glowinputaaa/status/1510655733251014659
Melihat video tersebut, ramai netizen yang bengang apabila melihat sikap suaminya itu, dan rata-rata netizen menggesa wanita tersebut untuk tinggalkan lelaki tersebut.
Ada yang mengatakan bahawa suami tersebut berkelakuan sebegitu kerana tak tahu nak bagi alasan apa, malah ada juga yang gerun apabila melihatnya.
Hurm, kisahnya tak tahu la, macam mana apa pun diharap mereka dapatlah cari jalan penyelesaian yang baik.
Baca : [VIDEO] Kecewa, Cari Duit Nak Bertunang Sekali GF Kantoi Curang Keluar Dengan Lelaki Lain