in

[VIDEO] Staf Taman Tema Paksa Babi Bungee Jump Setinggi 68 Meter, Lepas Tu Hantar Pergi Rumah Penyembelihan

Babi Betul Dia Baling Babi

Sebuah taman tema di Chongqing, China kini mendapat kritikan hebat selepas satu video bertujuan untuk menarik pengunjung datang tersebar di internet.

Menurut laporan, mereka telah menggunakan seekor babi untuk membuat terjunan bungee dari ketinggian 68 meter semata-mata untuk mempromosikan tarikan bungee terbaru. Disebabkan itu mereka menggunakan babi itu untuk menarik ramai pengunjung datang ke taman tema tersebut.

Babi Ikat
sumber: youtube

Taman tema yang dikenali sebagai MeiXin Village of Wine buat sebegitu atas tujuan pemasaran namun mereka kemudian telah menerima pelbagai jenis kritikan dan kecaman selepas video itu tersebar.

 

Kena ikat kaki, dibaling dari platform 68 meter

Melalui video itu, babi tersebut dilihat telah diikat kedua-dua kaki bahagian depan dan belakang. Bukan itu saja, leher babi itu juga diikat selain digantung pada kayu supaya mereka dapat menarik babi itu menuju ke platform bungee tersebut.

Babi1
sumber: youtube

Sebaik saja tiba di platform, kesemua pekerja melakukan persediaan dengan mencangkuk besi bungee dan terus lontar babi itu ke bawah.

Selepas dibaling, babi itu melantun atas dan bawah serta boleh didengari ‘menjerit’ kerana diperlakukan sebegitu.

Tonton video di bawah:

 

Staf kata ‘babi tenang’

Ada laporan mengatakan, pekerja taman tema itu mendakwa babi tersebut dalam keadaan tenang sebelum dan selepas dipaksa melakukan terjunan bungee. Individu itu juga mendakwa babi terbabit tidak mengalami mental trauma.

Waktu saya tolak ke bawah, ia (babi) sangat tenang. Apabila dinaikkan semula, ia masih kekal bertenang kerana ia tidak bertindak balas.”

 

Dihantar ke rumah penyembelihan

Menurut BBC, selepas dilontar sebegitu babi tersebut dihantar ke rumah penyembilan. Ramai orang dari seluruh dunia mengecam tindakan mereka kerana menggunakan taktik pemasaran sebegitu.

Babi
gambar hiasan
Babi Sembelih
gambar hiasan

Wakil daripada People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) telah memberi kenyataan dan berkata pihak mereka juga mengecam tindakan sebegitu.

Ini adalah kekejaman terhadap haiwan. Terjunan bungee adalah satu pengalaman menggerunkan untuk manusia, bayangkan ketakutan yang dirasai apabila dipaksa dengan kaki diikat dan dibaling dari platform yang tinggi. Itulah yang dilalui oleh babi ini, semuanya semata-mata untuk bahan gurauan. Tahu tak, tak ada siapa yang ketawa?”

Babi merasai kesakitan dan ketakuran sama seperti kita dan taktik pemasaran ini patut diharamkan.”

Baca: “Masyarakat makin tenat”- Kejam! Makanan Kucing Terbiar Dicampur Berpuluh Biji Pil

Featured 39