in

[VIDEO] Sorang Melayu Sorang Cina, Tapi Sembang Dalam Bahasa Tamil, Terbaik Aunties!

Fi Tamil Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru semalam rakyat Malaysia yang beragama Hindu menyambut hari raya Deepavali. Tapi korang perasan tak, kita ni tak kesah lah apa-apa perayaan sekalipun, tak kira bangsa semua akan sama-sama sambut dengan meriah kan?


Bila Deepavali, mesti aunty sebelah rumah bagi murukku. Bila Tahun Baru Cina, uncle depan rumah pula bagi limau. Bila Aidilfitri, bukan setakat kuih raya je, ketupat, lemang, rendang, semua dihantarnya ke rumah jiran tetangga!

Itulah uniknya Malaysia ni…pelbagai bangsa, bermacam budaya, bila raya semua merasa!

Bila sebut tentang keunikan rakyat Malaysia, ada satu video yang buat min tertarik betul!

Selain daripada berkongsi budaya, tanpa kita sedar ramai je rakyat Malaysia yang boleh bertutur lebih daripada satu bahasa. Kalau bahasa Inggeris tu dah biasa sangat, tapi aunties dua orang ni boleh sembang dalam bahasa Tamil! Amazing betul!

Dalam video berdurasi 15 saat yang dikongsikan oleh Aina Afiqah di TikTok ini, terlihat ibunya selamba berbual dengan seorang aunty berbangsa Cina berasal dari negeri Kelantan menggunakan bahasa Tamil di lapangan terbang di Turki.

Tak dinafikan, bukan senang untuk menguasai sesuatu bahasa, tapi aunties ni memang terbaik lah! Walaupun secara impromptu, mereka dah buat ramai orang yang menonton video tersebut rasa bangga.

Komen Tamil Full

Nampak comel je aunties dua orang ni sembang bahasa Tamil. Macam dah lama kenal! Kalau korang nak tahu aunties ni berbual apa, boleh tengok latest video dekat TikTok Aina ni.

Baca: Sebelum merdeka pon dah ada lagu raya- Ini 5 Fakta Tentang Lagu Raya Yang Ramai Tak Tahu

Baca Tamil

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.