in

“Sebelum merdeka pon dah ada lagu raya” – Ini 5 Fakta Tentang Lagu Raya Yang Ramai Tak Tahu

Fi Lagu Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari saja lagi kita nak menyambut hari raya Aidil Fitri selepas sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga.


Selalunya kalau dah dekat-dekat macam ni, lagu raya mesti dah berkumandang di merata tempat kita pergi. Tapi PKP kan, dengar lagu dekat rumahlah ceritanya.

Tapi korang pernah tahu tak sebenarnya ada fakta menarik tentang lagu raya yang pernah dicipta selama ni korang mungkin tak tahu. Jom kita tengok!

 

1. Lagu raya pertama di Malaysia

Lagu berjudul ‘Selamat Hari Raya’ ini diterbitkan lebih kurang 85 tahun lalu pada tahun 1936 dan dinyanyikan oleh Allahyarmah Aminah Nani, seorang penyanyi bangsawan yang turut dikenali sebagai Miss Aminah

Difahamkan juga, lagu ini adalah lagu raya pertama yang dirakamkan di rantau ini. Lama betul ni, min pun baru je dengar haritu.

 

2. Lagu Balik Kampung asalnya bukan lagu raya

Siapa yang tak tahu lagu ni memang min tak boleh nak kata apa lah. Salah satu lagu raya yang akan kekal evergreen.

Tapi mesti ada yang tak tahu, sebenarnya lagu ‘Balik Kampung’ nyanyian Allahyarham Sudirman ni bukanlah dirakam untuk tujuan dijadikan lagu raya.

Justeru, lagu ini sebenarnya ditujukan khas untuk para siswazah yang teruja pulang ke kampung. Namun, lagu tersebut turut diangkat sebagai lagu raya sebab harmoninya yang boleh menceriakan suasana. Fun fact! Lagu ini tak ada perkataan ‘raya’ pun dalam liriknya.

 

3. Lagu Selamat Hari Raya Ahmad Jais bertujuan untuk mogok?

Ini juga antara salah satu lagu raya legend yang pernah ada. Lagu ini dicipta oleh Allahyarham P. Ramlee dan Jamil Sulong pada tahun 1957 tapi tujuan utamanya adalah untuk menyokong  perjuangan pekerja-pekerja filem yang mogok pada Hari Raya tahun tersebut.

Kisahnya pada bulan Mac dan April 1957, pekerja-pekerja studio filem MFP (Malay Film Productions) milik Shaw Brothers ini melancarkan mogok untuk menuntut gaji yang lebih berpatutan.

Akhirnya ia berlarutan sampailah hari raya yang ketika itu jatuh pada tanggal 1 Mei 1957. Tak sangka macam tu epik rupanya cerita di sebalik tabir lagu ni.

 

4. Lagu Suasana Hari Raya Bukan Nyanyian Anuar Dan Ziana Zain

Lagu ‘Suasana Hari Raya’ ni boleh kata dah cukup sebati dengan jiwa pendengar setiap kali tibanya hari raya. Lagu ini dirakamkan lebih 30 tahun lalu oleh Anuar Zain dan bukan dengan kakaknya Ziana, tetapi Ellina Razak.

Selain itu, lagu ini kekal relevan hingga kini dan sering diputarkan di corong-corong radio.

 

5. Lagu raya klasik korang takkan jemu dengar

Walaupun lagu-lagu yang nak disenaraikan ni dah lama, tapi masih mampu menarik minat generasi baru untuk dengar lagu-lagu ini. Ini antara 10 lagu raya klasik yang korang takkan jemu!

  • Dendang Perantau
    Penyanyi: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
    Ciptaan: Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    Tahun: awal 1960-an
  • Aidilfitri
    Penyanyi: Sanisah Huri
    Ciptaan: Zubir Said / Yusnor Ef.
    Tahun: akhir 1960-an
  • Seloka Hari Raya
    Penyanyi: Uji Rashid dan Hail Amir
    Ciptaan: Datuk Dr Ahmad Nawab
    Tahun: 1976
  • Suasana Di Hari Raya
    Penyanyi: Anuar Zain & Ellina
    Ciptaan: Datuk Adnan Abu Hassan / Habsah Hassan.
    Tahun: 1985
  • Satu Hari Di Hari Raya
    Penyanyi: Datuk M. Nasir
    Ciptaan: Datuk M. Nasir
    Tahun: versi asal 1982
  • Selamat Hari Raya
    Penyanyi: Allahyarham Puan Sri Saloma
    Ciptaan: Ahmad Jaafar
    Tahun: 1955
  • Selamat Hari Raya
    Penyanyi: Fazidah Joned
    Ciptaan: Kassim Masdor / Datuk Jins Shamsuddin
    Tahun: akhir 1960-an
  • Dari Jauh Ku Mohon Maaf
    Penyanyi: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
    Ciptaan: Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad
    Tahun: 1981
  • Suasana Hari Raya
    Penyanyi: Allahyarham Sharifah Aini
    Ciptaan: Datuk Dr. Ahmad Nawab / Allahyarham Sharifah Aini
    Tahun: 1977
  • Pulanglah
    Penyanyi: Aishah
    Ciptaan: Adam Ahmad
    Tahun: 1996

Haa macam mana, mesti ada antara korang yang baru tahu pasal fakta-fakta yang min share ni kan. So mana satu lagu raya klasik favourite korang?

 

Baca : 10 Lagu Raya Legend Yang Dinyanyikan Semula Oleh Artis Terkenal. Nombor 7 Paling Tak Percaya!

Foot Lagu Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.