in

[Video] “Siap kasi cium dahi” – Comel! Gelagat Si Bulus Bersalaman Dengan Atok

Feat Kucing Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kucing sememangnya haiwan peliharan yang bukan sahaja jinak, malahan rupanya comel dan penuh dengan gelagat manja yang menghiburkan.


Seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, terdapat seekor kucing yang mempertontonkan gelagat comel dengan bersalaman dengan seorang warga emas yang merupakan pemiliknya.

Gelagat kucing tersebut yang dirakam oleh cucu warga emas tersebut telah dimuat naik ke laman Twitter miliknya.

Pemilik akaun dengan nama @shyrashrdn telah memuat naik video tersebut berserta caption “Kucing atok aku ni boleh salam orang. Korang punya kucing boleh salam tak?”

Tweet

 

Bukan setakat salam je, siap kasi cium dahi

Dalam video tersebut, kucing yang berwarna kelabu itu dilihat menghulurkan kaki depannya untuk bersalam setelah diminta oleh tuannya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih mencuit hati, si bulus tersebut juga siap menyua mukanya secara rela untuk dicium oleh warga emas tersebut.

Bonding antara kedua-duanya kelihatan sangat erat dan mesra antara satu sama lain. Si bulus itu juga seolah-olah memahami setiap pertuturan dan perilaku warga emas tersebut terhadapnya.

Adoiii… Bijaknya!

Video yang berdurasi selama 15 saat itu berjaya meraih sebanyak lebih daripada 300,000 views dan 20,000 retweets.

Rata-rata netizen turut memberikan komen-komen yang lucu tentang kecomelan tingkah laku si bulus yang sememangnya menghiburkan hati.

 

Dia nak duit raya daripada atok lah tu – Netizens

Kucing 1Kucing 2

Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan bahawa kucingnya hanya bersalaman apabila hendak makanan sahaja.

Macam-macam lah gelagat si comel ni. 

Baca: “Dorang buat acara 100m ke?”- [Video] Comel! Pemuda Main Kejar-kejar Dengan Kucing Gebu Miliknya

Baca Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.