in

[VIDEO] Seriau! Orang Ramai Takut Tengok Dua Ekor Monyet Bergaduh Sampai Dihanyutkan Ombak

Page Monyet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Monyet merupakan haiwan liar yang senang nak dikesan di beberapa kawasan awam. Namun, spesis mereka amatlah susah untuk didekati sekiranya rasa terancam dengan keadaan sekeliling.


Sebabkan itu juga, orang ramai tak digalakkan untuk mendekatkan diri dengan monyet semasa sedang agresif kerana risau kalau berlaku insiden yang tak diingini.

Menerusi satu video di TikTok @izzhdn, dia kongsikan tentang satu insiden melibatkan dua ekor monyet yang bergaduh di tepi laut sehingga dihanyutkan ombak!

@izzhdn

I wasn’t expecting that ending, traumatising asf

♬ original sound – Izz – Izz

“Keep on gaduh sampai masuk tengah laut”

Difahamkan dari penjelasan yang dibuat oleh pemilik akaun TikTok tersebut, wanita ini mengatakan bahawa orang ramai tak mampu untuk meleraikan pergaduhan itu kerana risau sekiranya dicakar atau digigit oleh kedua-dua monyet tersebut.

“Semua orang tengok je la dari jauh sebab nak halang pun takut kena cakar” – Cerita wanita itu

Disebabkan itu juga, salah seekor monyet lemas selepas ditolak ke dalam laut semasa bergaduh dengan monyet yang lain sehingga merisaukan orang ramai. Korang boleh tengok video sambungan kat bawah ni…

@izzhdn

Reply to @layenluffy

♬ original sound – Izz – Izz

Selepas kedua-dua monyet itu dihanyutkan ke dalam laut, seorang lelaki bertindak dengan menyelamatkan mereka dan difahamkan monyet itu masih lagi hidup walaupun salah seekor daripadanya mengalami trauma.

Nasib baiklah sempat abang ni selamatkan dua-dua monyet tu… Seriau min tengok kena tarik ombak macam tu je…

Baca: Netizen Tabik Pegawai Perhilitan Pakai Kostum Gorilla Halau Monyet Liar, Siap Suruh Tambah Elaun!

Untitled 3 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.