Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita yang berasal dari Sabah berkongsi kisahnya apabila dia berasa terkejut apabila membuat cabutan surat beranak kerana agama yang didaftar adalah Kristian.
Difahamkan wanita yang dikenali sebagai Farhana itu telah dilahirkan dan juga dibesarkan sebagai seorang penganut agama Islam.
27 tahun baru tahu??
@farhana_calleja Ntah lha adikk? . #kecelaruanidentiti #bornmuslim #jpnsabah #blessed #tiktoksabahan #fypシツ
Menurut Farhana, dia baru sahaja mengetahui hal tersebut selepas dia membuat cabutan sijil kelahiran baharu ketika dia berumur 27 tahun.
Farhana berkata, maklumat mengenai status agamanya tidak tertera di sijil kelahiran miliknya sebelum ini dan dia juga akui kesilapannya kerana terlepas pandang mengenai perkara itu di kad pengenalannya.
Setelah mendapat pelbagai reaksi dari netizen, Farhana telah memuat naik sebuah video berasingan di mana dia menerangkan bagaimana perkara tersebut boleh terjadi.
Surat beranak tak boleh tukar
https://www.tiktok.com/@farhana_calleja/video/7201731814245928218
Walaupun berasa terkejut dengan situasi yang dihadapinya, Farhana dengan tenang menjawab beberapa soalan daripada netizen.
Dia turut menerangkan bahawa bapanya adalah seorang Islam tapi, kekeliruan itu mungkin kerana status ibunya yang merupakan seorang mualaf.
“Ayah saya memang seorang Islam, ibu saya Kristian, Tapi ibu saya sudah memeluk Islam sebelum mereka berkahwin. Jadi, semasa mereka berkahwin, kedua-dua mereka sudah pun Islam,” katanya.
Tambah Farhana, pada sijil kelahiran ibunya itu tertulis sebagai seorang yang beragama Kristian dan kenyataan itu tidak boleh diubah walaupun telah bergelar Islam yang menyebabkan dia sebagai anak turut didaftarkan sebagai penganut agama Kristian kerana mengikut agama asal ibunya.

“Sijil kelahiran ibu saya memang tertulis sebagai Kristian sebab dilahirkan sebagai penganut Kristian sebelum dia memeluk Islam. Jadi, itu tidak boleh ditukar di sijil kelahiran, tetapi di kad pengenalan boleh,” ujar Farhana.
Oleh itu, dia telah pun memaklumkan perkara itu kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Sabah untuk menguruskan hal sedemikian.
Farhana turut menegaskan bahawa kekeliruan tersebut tidak menjadikan dirinya sebagai seorang penganut agama lain dan dia masih lagi mengamalkan cara hidup sebagai seorang Muslim.
Nasib baik akak ni buat cabutan surat beranak dan dia ternampak…
Baca : Lawak! Wanita Baru Tahu Nama Sebenar Pada Usia 61 Tahun Lepas Terjumpa Surat Beranak

