Kalau boleh, ibu bapa ni akan bagi semua bahkan dunia sekalipun pada anak-anak. Namun, asbab keadaan yang tak mengizinkan, mereka terpaksa menolak beberapa permintaan kita demi kelangsungan hidup keluarga.
Macam baru-baru ni, viral satu video di TikTok menunjukkan seorang ibu berasa sedih kerana tak dapat beli mainan yang diidami anaknya di sebuah kedai serbaneka.
https://www.tiktok.com/@hananahariss/video/7288630431237311746?is_from_webapp=1&sender_device=pc
Menurut Anna Norzeha Md Nor, anak lelakinya itu merenung lama sebuah mainan di tingkat kedua kedai itu. Disebabkan itu, dia berasa pilu apabila melihat kelakuan anaknya itu.
“Masa ni ibu menangis sebab dah berhenti kerja… tak dapat belikan apa yang Iman (anak) nak. Dia tenung sahaja mainan kat atas tingkat tu.”
Tambahnya lagi, dia terpaksa berhenti kerja disebabkan perlu pulang ke kampung bagi menjaga ibu mentuanya yang kehilangan suami.
“Saya berhenti sebab arwah bapa mentua meninggal dunia dan mak mentua tiada teman di rumah… jadi suami sebagai anak sulung ajak saya balik kampung.”
Katanya lagi, dia mengalami kesukaran untuk belikan mainan kepada anaknya setelah berhenti kerja. Pun begitu, dia dah nasihat anaknya untuk tidak meminta mainan apabila berkunjung ke kedai.
Artikel berkaitan: “Aku happy untuk ex kau” – Lepas 6 Tahun Bercinta, Wanita Tinggalkan BF Sebab Tak Mampu Beli BMW
Artikel berkaitan: “Pakai LC pun tak mampu beli helmet murah” – Student Shah Alam ‘Kantoi Busuk’ Curi Helmet Owner Kat Area Parking
Pada awalnya, anaknya susah nak terima namun, semakin lama dia seakan memahami keadaan ibunya yang hilang sumber pendapatan.
“Menangis juga tapi perlahan-lahan dia cakap nanti ibu kerja ibu belikan untuk Iman kan”
Menurut Anna, ibu mentuanya kini menetap bersama adik iparnya yang baru sahaja bersara pada September lalu. Disebabkan itu, dia dikatakan sedang mencari kerja semula sebagai pereka grafik dalam masa terdekat.
Sumber: mStar