in

[VIDEO] Sah! Khairy Jamaluddin Jadi DJ Hot FM Segmen ‘Bekpes Hot’

Ft Kj Jadi Dj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Media Prima Audio (MPA) telah mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu hadapan. Dalam kenyataan tersebut, KJ akan bertugas di segmen ‘Bekpes Hot’ di stesen radio popular tersebut.


Pagi tadi melalui sebuah panggilan telefon pada segmen ‘Bekpes Hot’ yang dikendalikan oleh Johan, AG dan Datuk AC Mizal telah mengesahkan bahawa KJ bakal menyertai Hot FM.

Berganding dengan Johan, Ag dan Datuk AC?

 

Minggu lalu, tawaran Hot FM kepada KJ dibuat melalui surat terbuka di Instagram rasmi @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, tawaran Khairy sebagai penyampai radio adalah bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen ‘Bekpes Hot’ lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak yang besar buat rakyat Malaysia,” katanya.

Tambah Nazri, diharap pelantikan itu dapat memberi impak yang positif kepada Hot FM serta dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

Ada kejutan untuk pendegar

Screenshot 2023 02 09 150118

Dalam pada itu, Pengarah Rangkaian Kandungan Hot FM, Shah Hayatudin berkata, mereka sedang berbincang dengan KJ untuk menampilkan content hebat untuk pendengar stesen radio tersebut.

“Khairy ada idea untuk mewarnakan lagi segmen Bekpes Hot. Jadi, pendengar perlu nantikan kemunculan beliau bersama Johan, Fara Fauzana dan AG mulai 15 Februari ini,” jelasnya.

Sumber: Berita Harian, Instagram

Pehh! Bukan biasa biasa nii.. Apa pendapat korang?

Baca : Rafizi Dakwa Perlu Bincang Dahulu Jika Pemimpin UMNO Mahu Sertai PKR

Cats 51 561X295 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.