in

Rafizi Dakwa Perlu Bincang Dahulu Jika Pemimpin UMNO Mahu Sertai PKR

Cats 51

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata dia tidak boleh membuat keputusan secara seorang diri, sebaliknya ia perlu dibuat secara bersama dengan semua pemimpin PKR. Ini selepas timbulnya ura-ura mengatakan ada pemimpin UMNO yang dipecat mahu penyertai PKR.

“Yang itu kita kena bincang dahulu di peringkat parti. Ia bukan keputusan saya seorang. Saya rasa kita kena tengok perkembangan satu demi satu,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihak parti telah bersetuju untuk memecat Noh Omar dan Khairy Jamaluddin daripada UMNO. Ini berikutan pelanggaran disiplin parti kerana kesalahan semasa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


20190327Mh04

Selain itu, ahli-ahli UMNO yang digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua UMNO Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan UMNO).

Turut dipecat sama ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang.

Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.

Untuk rekod, Rafizi berkata pihaknya akan membuat perbincangan jika perkara berkenaan timbul dan bukannya sekadar spekulasi orang ramai.

Kredit: Berita Harian

BACA: Rafizi Ramli Minta Orang Ramai ‘Pulau’ Restoran Yang Jual Makanan Mahal

Cats 50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.