in

[VIDEO] ‘Putera Tidur’ Gerakkan Jari Lepas 15 Tahun Koma & Terlantar, Hanya Bergantung Pada Mesin Sokongan Hayat

feat1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Putera Arab Saudi yang koma selama hampir 15 tahun telah memberi harapan baru pada keluarganya selepas beliau dilihat menggerakkan jarinya minggu ini.

Menurut Daily Mail, video yang menunjukkan Putera Al-Waleed Khalid Al-Saud, 33, menggerakkan dua jarinya itu mula tersebar selepas ia dimuat naik di Twitter.


prince6

Rakaman tersebut menunjukkan beliau terlantar dan menggerakkan jari selepas disapa oleh seorang wanita yang merakamkan video berkenaan.

Individu di belakang kamera itu didengari berkata,

Hello. Bagi saya lihat, angkat jari anda lebih tinggi.”

Kemudian jari putera yang digelar ‘Putera Tidur’ itu bergerak dan diangkat semakin tinggi. Hal itu membahagiakan bapanya Putera Khalid yang juga merupakan seorang taikun perniagaan.

prince3

Difahamkan, Putera Khalid dan isterinya, Puteri Mona Riad El Solh enggan menghentikan mesin sokongan hayat pada anak mereka itu kerana yakin beliau akan sedar satu hari nanti.

Kali terakhir beliau menggerakkan anggota badannya adalah pada tahun 2015. Putera Al-Waleed dilaporkan terbabit dalam kemalangan di London pada tahun 2005 ketika dia sedang belajar di kolej tentera dan hanya bergantung pada mesin berkenaan selepas doktor mengesahkan beliau mengalami pendarahan serius dalam otak.

prince5

Pada Januari tahun ini kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa mengisytiharkan Al-Waleed dianggap sudah meninggal dunia kerana paru-parunya mengalami pendarahan tidak terkawal.

Tonton video di bawah:

 

Baca: “Sedih gila tengok macam mana dorang sembunyikan rasa penat” – [Video] Frontliner Gelak Sakan Basah Lencun Buka PPE, Tapi Netizen Sebak

frontliner8

Sumber: Sada Elbalad
Sumber: Daily Mail
Sumber: The New Arab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.