in

“Sedih gila tengok macam mana dorang sembunyikan rasa penat” – [Video] Frontliner Gelak Sakan Basah Lencun Buka PPE, Tapi Netizen Sebak

Frontliner8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari ini kes begitu tinggi, amat menggerunkan apabila melihat kes harian dah mencecah 800 keatas dalam masa beberapa hari berturut-turut.


Sudah semestinya para pekerja barisan hadapan kini kembali ‘turun padang’ dan berhempas pulas membantu mereka yang positif Covid-19.

Umumnya kita tahu yang mereka akan dipakai PPE bagi melindungi diri daripada wabak itu, tapi kalau perasan cuaca baru-baru ni agak panas.

 

Our frontliner

Jadi apabila mereka pakai PPE itu makin mendugalah kerja mereka, bayangkan sedangkan kat dalam aircond sendiri dah lencun apatah lagi kalau tengah panas ni.

Dalam video ini, dilihat ada frontliner cuba nak buka PPE mereka ketika panas terik, dan selesai dibuka dilihat peluh meleleh.

Biarpun rakaman itu seperti satu situasi melucukan dan menggembirakan mereka, tetapi ia mengundang rasa sebak hati netizen.

Rata-rata netizen kesian melihat mereka kerana ‘menyembunyikan’ rasa penat mereka dalam membendung rantaian Coronavirus ini. Video yang meraih sehingga 21K retweets. 

 

Sedih gila tengok macam mana dorang sembunyikan rasa penat – Netizen

Salah seorang frontliner ada bagi komen bahawa sedangkan dalam tempat sejuk pun dah berpeluh, inikan pula panas terik yang rasa bahangnya.

Frontliner Frontliner2 Frontliner3 Frontliner4

Nampaknya mereka dah kembali berjuang untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini, paling ketara kita dapat lihat sendiri Tan Sri Dr Noor Hisham nampak letih semasa nak bentangkan kes harian semalam.

 

Baca : “Kesian dato, betul-betul penat tu” – Netizen Kesian Tengok Riak Keletihan Dr Noor Hisham Dalam Sidang Media Semalam

Hisham4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.