Satu video viral sejak 2 hari lepas di media sosial yang telah mengundang kemarahan pengguna jalan, video itu memperlihatkan individu yang dipercayai memainkan peranan sebagai marshal (pengiring konvoi) di kawasan lampu isyarat sewaktu tengah merah.
Disebabkan itu polis kini sedang mengesan marshal tersebut kerana memberhentikan kenderaan awam di kawasan lampu isyarat di Sua Betong, Port Dickson.
Marshal tidak boleh berhentikan kenderaan – PDRM
Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mereka bergerak dari Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong menghala ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.
https://www.facebook.com/233401477496586/videos/487171792539053/
“Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal berkenaan dan sesiapa yang memiliki maklumat berkaitan kejadian diminta beri kerjasama kepada pihak IPD PORT Dickson di Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik atau menghubungi talian terus di talian 06-6472222.”
Dalam pada itu, beliau juga turut menegaskan bahawa mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti konvoi tidak boleh membuat sebarang tindakan memberhentikan, mengawal, melencong kenderaan di jalan awam tanpa sebarang kehadiran anggota atau pegawai polis kerana boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Polis dan Sekyen 79(2)Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ia mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata menzahirkan rasa geram terhadap tindakan mereka.
Kau siapa – Netizen
Ada juga yang anggap bahawa individu tersebut mungkin tak tahu bahawa perbuatan yang dilakukan ini salah.