in

[VIDEO] Polis Buru Dua Lelaki Susulan Kes Samun Wanita Di Klinik Pergigian

hntbgrfedsasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memaparkan dua lelaki yang bertindak menyamun sebuah klinik pergigian di Bandar Seri Putra, Bang petang semalam.

Polis buru dua lelaki samun klinik gigi


Video itu memaparkan dua orang lelaki yang memakai helmet dan memegang parang telah menyamun seorang wanita di klinik gigi tersebut.

Situasi itu juga dilihat wanita itu cuba mempertahankan barangan yang telah disamun oleh kedua-dua lelaki itu namun akhirnya gagal dan berpelukan antara satu sama lain.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kini pihak polis sedang memburu dua lelaki itu.

“Suspek telah mengambil sebuah Macbook, dua telefon bimbit, wang tunai hampir RM2,000 dan seuntai rantai emas.”

Dalam kejadian itu, kesemua mangsa yang berada di dalam premis tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan yang selamat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan dengan menggunakan senjata.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Insp Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Semoga pesalah dihadapkan ke muka pengadilan…

Baca: “Bukak cepat!” – [VIDEO] Cashier Rakam Detik Cemas Disamun Ketika Bersendirian Di Kedai

Screenshot 2022 11 08 at 1.22.19 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.