in

[VIDEO] Pemuda Hasilkan Potret Wajah Shuib & Arwah Siti Sarah Gunakan Rubik ‘Cube’

Ft Cube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap manusia dianugerahkan bakat semula jadi dalam diri sendiri namun ianya perlu diasah supaya bakat kita dapat diketengahkan. Ada yang boleh menari, ada yang hebat bersukan dan ada juga yang hebat dalam muzik.


Bagi peminat rubik cube, mesti korang pernah dengar nama Alex Ivanchak bukan. Pemuda kelahiran Russia ini merupakan selebriti media sosial yang terkenal dengan kepakarannya dalam rubik cube. Dia telah menghasilkan banyak potret menggunakan rubik cube. Wah! Hebatnya…

“Siapa dia tu?”

Tapi tahu tak korang ada seorang rakyat Malaysia yang mempunyai bakat yang sama dengan Alex Ivanchak? Mesti tak tahu kan. Min pun tak tahu.

Dalam perkongsian @abam.takaful, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang menunjukkan dia sedang menghasilkan potret wajah Shuib dan Arwah Siti Sarah dengan menggunakan rubik cube.

@abam.takaful

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwaaaaaa

@abam.takaful atau nama sebenarnya Zabli Ab Hadi telah menghasilkan potret yang berwajah selebriti Malaysia itu seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Hasil karyanya itu dibuat adalah untuk mengenang pemergian arwah Siti Sarah. Al-fatihah (dibaca).

“Hanya insan terpilih je mampu”

Video yang berdurasi hampir seminit itu mendapat lebih daripada 100 ribu jumlah tontonan di Tiktok dan telah dikongsi oleh beberapa individu di media sosial yang lain iaitu Twitter.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dengan Zabli kerana bakatnya dalam menghasilkan potret menggunakan rubik cube bukan semua orang ada. Kata mereka, hanya seorang sahaja yang mampu buat benda tu selain Alex Ivanchak, iaitu Zubli.

Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Komen Rubik

Netizen juga ada yang minta Zubli untuk menghasilkan karyanya lagi banyak supaya bakatnya dapat dilihat dan dipandang satu dunia.

Min mendoakan kejayaan buat abang Zubli dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Baca: https: “Murah gila” – [VIDEO]  Hampir 2 juta Tontonan Ramai Terliur Tengok Nasi Kerabu 6 Lauk Harga RM9.90 Ni

Kerabu Qsd E1629431249143

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.