in

[Video] Pelawak Tumbuk Muka Pak Guard Umur 68 Tahun Gara-Gara Ditegur Sebab Tak Berhenti Di Pos Pengawal

Feat 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak dalam cerita Lagi-Lagi Senario, ada sorang pelawak ni bengang Azlee buka kedai dekat sebelah lepas tu dia baling batu kena kepala Wardinah? Kali ni, pelawak ni mengamuk lagi cuma this time bukan dalam filem tapi in real life. (Walaupun katanya ni bukan first time dia buat hal in real life)

Menurut Kosmo, seorang pelawak telah memukul seorang pengawal keselamatan warga emas di Acacia Park Desa Jati di Nilai malam semalam.


Ceritanya, semasa pengawal keselamatan ini sedang bertugas, dia melihat sebuah kereta Proton Perdana masuk ke dalam kawasan perumahan tanpa berhenti untuk menulis butiran diri dalam buku pelawat.

Screenshot 2019 04 08 At 11.13.19 Am

Kerana tindakan sambil lewa pelawak ini, dia telah ditegur oleh pengawal keselamatan warga emas ini semasa dia nak meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Namun, teguran ini bertukar menjadi pentengkaran dan pelawak tersebut menumbuk pengawal keselamatan ini sebanyak tiga kali sebelum menendang pinggangnya. Tak cukup dengan itu, pelawak ni siap baling batu ke arah pengawal keselamatan ini. Weh, kau pukul orang tua kot, apa sangatlah kudrat dia nak banding dengan kau?

Korang tengok je lah video dekat bawah ni, memang melampau betul! Tengah-tengah dorang bertengkar tu tiba-tiba je si pelawak ni tumbuk muka pengawal keselamatan tu lepastu bila pak cik tu jauhkan diri dia pergi tendang pulak. Ish sakit hati pulak kita tengok!

https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/642416146204723/

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, kes itu disiasat dibawah Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan dan polis telah meminta pelawak berkenaan untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini.

Bapa siapalah yang kena pukul ni? Admin tak faham betul orang yang suka selesaikan masalah dengan fizikal ni. Dah lah cari gaduh dengan orang tua. Motif?

 

Baca: “Kau jangan sampai aku turun bawah belasah kau pulak” – Lelaki Dayus Belasah Wanita Tepi Jalan, Buat Netizen Panas Hati

Screenshot 2019 04 08 At 11.09.39 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.