in

[VIDEO] “Pakai mask” – Pelitup Muka Tajuddin Sekali Lagi Jadi Tumpuan, Sampai Wartawan Tegur?

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, sebelum ini Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman pernah dikenakan kompaun kerana beberapa kali melanggar SOP.


Ketika menghadiri mesyuarat parti Barisan Nasional bagi mencadangkan nama perdana menteri kesembilan, pelitup muka Tajuddin sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai yang melihat video temubualnya bersama wartawan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh The Vibes di Twitter, pelitup muka ahli parlimen ini yang dikatakan berharga lebih dari RM1,000 itu telah mendapat komen orang ramai.

Bukan sebab harganya yang mahal atau reka bentuk pelitup mukanya yang unik namun gelagat Tajuddin yang dilihat tak boleh nak berhenti buka mask ketika bercakap.

Malahan, wartawan juga sempat menegur Tajuddin untuk memakai pelitup muka sebelum menjawab soalan kerana bimbang tindakannya itu boleh menyusahkan dirinya kelak.

Walaupun telah ditegur, Tajuddin masih kelihatan sukar membiarkan tangannya dari menarik pelitup mukanya ketika bercakap dengan wartawan dan tindakannya ini telah mengundang kritikan dari netizen.

Screenshot 2021 08 19 At 11.38.36 Am Down

Tapi biasanya orang yang berusia ni memang macamtu, dorang tak selesa ada benda halang muka.

 

Baca: “Beria malukan saya” – Tajuddin Mahu Cari & Ambil Tindakan Kepada Pihak Yang Tuduhnya Rasis & Tak Sensitif

Screenshot 2021 08 19 At 11.50.57 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.