in

[Video] Netizen Teruja Tengok Cara Lelaki Ini Kopek Durian Hanya Gunakan Chopstick

Durian Craig G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun Malaysia tidak mengalami fenomena empat musim kerana kedudukannya, namun kita sangat bertuah kerana ada satu musim yang sering dinanti-nantikan oleh ramai orang iaitu musim durian! Contohnya sekarang ni.



Menurut perkongsian ini, difahamkan durian yang ditanam di Malaysia mampu berbuah sehingga tiga kali dalam setahun. Ini bermakna, ada 3 musim durian di negara kita dan iaitu Januari hingga Februari, Jun hingga September dan November hingga Disember.

2019 07 10T141741Z 673180078 Rc1682A09530 Rtrmadp 3 Malaysia Dailylife

Biasanya musim kemuncak adalah dari Jun hingga September dan tidak hairanlah kenapa sekarang ini durian senang untuk didapati dan ramai peniaga berlumba-lumba untuk menjual durian baik ditepi jalan mahupun secara online.

Setiap kali adanya musim durian, pastinya kita akan tengok ramai berkongsikan gambar atau video gelagat mereka cuba untuk mengopek buah berkenaan untuk mendapatkan isinya yang kekuningan tersebut.

Baru-baru ini, tular satu video di twitter menunjukkan seorang lelaki ‘mat salleh’ yang dikenali sebagai Durian Craig ada kongsikan cara yang mudah untuk mengopek raja buah ini.

Cats 19

Difahamkan, beliau juga merupakan seorang peniaga durian atas talian. Video berdurasi 1 minit tersebut telah mendapat perhatian ramai di Twitter. Setakat waktu artikel ini ditulis, video perkongsian berkenaan telah mempunyai 44 ribu tontonan dan telah mendapat 1,400 tanda suka.

Teknik Unik Gunakan Chopstik

Menariknya, walaupun pada awalnya Craig memegang sebilah pisau pemotong yang besar, namun beliau meletak pisau tersebut dan tunjukkan cara untuk mengopek durian jenis Musang King tersebut menggunakan chopstik!

Craig B Horz

“Disebabkan kita di asia, kita boleh buka durian menggunakan chopstick, hanya perlu cucuk ditengah-tengah dan ikut garisan yang ada pada buah tersebut”

Jika diperhatikan, teknik ini hanya mengambil masa sekitar 15 saat dan bukaan dia pula sangat kemas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @duriancraig

Menjengah di ruangan komen, ramai yang teruja dengan perkongsian tersebut kerana ia sangat mudah dan cepat namun tak kurang juga ramai turut kongsikan ‘alat-alat’ lain yang boleh digunakan selain chopstick sebenarnya.

Guna Kunci, Benda Keras

Tw

Jangan Cuba Bukak Durian Kampung

Dalam masa yang sama, di ruangkan komen dan daripada retweet di posting tersebut, ramai yang bersetuju bahawa teknik tersebut hanya boleh digunakan pada durian jenis Musang King kerana kulitnya agak lembut dan alur buahnya nampak jelas.

Tt

Tak kiralah jenis apa pun durian tu, yang penting Craig dah cuba nak bagi ilmu baharu untuk orang ramai, mungkin kita pun tak terfikir nak gunakan cara ni sebelum ni kan? Sebab dah terbiasa guna pisau dan alatan lain.

Baca : “Ada juga orang macam ni”- [VIDEO] Tak Tahan Bau Durian, Member Lari Sampai Tutup Muka Dengan Mangkuk

Capture 13

Sumber: Today Online
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.