Malaysia adalah sebuah negara yang hidup berbilang kaum dan harmoni, ia bermaksud setiap tahun mesti kita akan merasai pelbagai sambutan hari istimewa yang berbeza-beza.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan kegigihan pasangan Melayu yang bertungkus lumus memasak di rumah kawan mereka yang berbangsa Cina untuk mengagihkan makanan tersebut kepada orang awam yang menyambut Thaipusam.
Masak lauk ‘vegetarian’
@faridmaulud Happy Thaipusam semua. #fyp #thaipusam2023 #yaaa #okok
Individu yang dikenali sebagai Farid Maulud itu juga seorang ahli politik, memberitahu lauk masakan yang disediakan semua berunsur lauk ‘vegetarian’.
Ia dibungkus dalam paket yang mudah untuk mereka agihkan kepada orang awam, pelancong, dan terutamanya kepada penganut yang menyambut Thaipusam.
“Ye saya seorang Islam tapi tidak menghalang kita untuk menguatkan tali persaudaraan antara kaum di Malaysia, Kalau ikutkan seronok saya tengok anak-anak kecil pun sama-sama kita kongsi rezeki dengan yang lain,” katanya.
Tidak bersifat diskriminasi antara warna kulit
Farid juga meluahkan rasa seronok apabila melihat bukan sahaja orang dewasa yang membantu mereka namun, kanak-kanak juga ada yang terliba untuk membantu dalam proses pengagihan makanan itu.
Selaras itu, Farid juga sempat menitipkan pesanan agar kita tidak bersifat diskriminasi berdasarkan warna kulit dan kita sepatutnya mengukuhkan tali persaudaraan sebagai rakyat Malaysia.
“I was in tears watching this video. God bless all. Truly Malaysian” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan berbangga dengan tindakan Farid itu yang menyatukan pelbagai bangsa dan bekerjasama dalam mewujudkan harmoni di Malaysia.
Terbaik bangg!
Baca : “Siapa Chow Kit dan Raja Chulan?” – Ini 7 Sejarah Nama Jalan-Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur