in

“Siapa Chow Kit dan Raja Chulan?” – Ini 7 Sejarah Nama Jalan-Jalan Terkenal Di Kuala Lumpur

Siapa Raja Chulan Jalan Di Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti bandar-bandar bersejarah yang lain, Kuala Lumpur yang juga ibu kota negara, mempunyai pelbagai jalan yang dinamakan atas individu yang terkenal pada suatu masa dulu.


Nama majoriti jalan-jalan lama di bandar ini pada asalnya telah diberikan semasa zaman jajahan British di Selangor lagi dan oleh sebab itu, kebanyakannya sama ada dalam bahasa Inggeris atau melibatkan tokoh-tokoh Inggeris, kerabat diraja dan penduduk tempatan yang tidak ramai kita kenali.

Malaysia Kuala Lumpur

Bersempena dengan Hari Wilayah, berikut admin senaraikan sejarah nama di sebalik tujuh jalan terkenal di Kuala Lumpur ini:

1. Jalan Chow Kit

Image 1

Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur (KL), Jalan Chow Kit dinamakan bersempena dengan nama seorang pelombong timah, ejen perkapalan, kaunselor perbandaran dan pegawai awam iaitu Loke Chow Kit.

Loke Chow Kit juga merupakan pemilik kedai pertama terbesar di KL pada ketika itu yang bernama Chow Kit & Co. Chow Kit yang juga merupakan daerah kecil di KL itu kini mempunyai stesen monorel, Bazaar Baru Chow Kit (pasar basah) dan Pasar Malam Chow Kit.

2. Jalan Loke Yew

Jalan Loke Yew adalah sebahagian daripada Jalan Cheras. Ia dinamakan bersempena dengan nama ketua komuniti Cina yang juga salah seorang pengusaha terkaya di awal pembentukan Kuala Lumpur iaitu Wong Loke Yew.

Wong Loke Yew juga difahamkan merupakan salah seorang bapa pengasas Victoria Institution di KL dan telah membina Jalan Sungai Besi.

Loke Yew
Loke yew

3. Jalan Raja Chulan

Terletak di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Jalan Raja Chulan yang dahulunya dipanggil Jalan Weld (Weld Road) dinamakan bersempena Raja di Hilir Perak, Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II.

Pada tahun 1924, Raja Chulan telah dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan.

152012992 3983263195067463 49305862803496828 N

Baginda telah memainkan peranan utama dalam perbincangan Majlis untuk memperdebatkan kepentingan orang Melayu dan menyokong cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.

4. Jalan Yap Kwan Seng

Jalan yang terletak berdekatan dengan mercu tanda KLCC ini dinamakan bersempena Kapitan Cina terakhir di Selangor dari tahun 1889 hingga 1902, Yap Kwan Seng.

Beliau telah mengasaskan Pooi Shin Toong yang kini dinamakan semula sebagai Hospital Tung Shin, Tai Wah Ward di Hospital Pauper (kini Hospital Besar Kuala Lumpur) dan mendirikan Victoria Institution.

Yap Kwan Seng Was The Fifth And Last Kapitan Cina Selangor.

Lebih menarik lagi, Yap Kwan Seng adalah antara individu yang membantu gabenor Sir W.E Maxwell memperkenalkan sistem perlombongan Cina di Afrika Barat.

5. Jalan Raja Laut

Jalan Raja Laut adalah antara jalan utama di Kuala Lumpur yang dinamakan bersempena Penghulu Kuala Lumpur, Raja Laut iaitu putera kedua Sultan Selangor ke-3, Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah.

51601963231 Freesize

Baginda katanya mendapat gelaran Laut kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. Baginda tersohor sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur sekitar tahun 1880 dan antara individu yang menyelesaikan banyak masalah pada zaman tersebut.

Raja Laut yang tinggal di Kampung Rawa pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan bertindak sebagai hakim serta penghulu di Selangor.

6. Jalan Cochrane

Jalan Cochrane adalah jalan dan sub-bandar di kawasan parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Ia dinamakan bersempena Charles Walter Hamilton Cochrane yang berkhidmat sebagai Residen British Perak ke-17 (1929-1930) yang juga kemudiannya menjadi Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dari 1930 hingga kematiannya pada tahun 1932.

Whatsapp Image 2022 02 07 At 8 55 10 Am 2158023 20220207090629

Selain itu, beberapa sekolah juga dinamakan atas nama Cochrane iaitu SMK Jalan Cochrane dan SK Cochrane Perkasa.

7. Jalan Doraisamy

Kalau sebut pasal Jalan Doraisamy, pasti ada yang teringat kedai Sup Jalan Doraisamy yang sangat terkenal di KL. Namun tidak ramai yang tahu R Doraisamy Pillai merupakan seorang ketua komuniti kaum India, taikun perlombongan dan kontraktor.

Beliau juga merupakan antara pengasas Kuala Lumpur Methodist Boys School dan individu yang membangunkan mukim Batu bersama Loke Chow Kit dan beberapa individu lain.

Family 696X435 1
Doraisamy bersama anak-anaknya

Hebat-hebat kan latar belakang individu yang menjadi nama-nama jalan di KL ni… Apa-apapun, Selamat Hari Wilayah Persekutuan bagi orang KL, Putrajaya dan Labuan! 

Baca: “Ada sejarah rupanya…” – [VIDEO] Kenapa Orang Kita Gunakan Istilah ‘Tanah Air’? Ini Penjelasannya

Tanah Air

Sumber: New7Wonders
Sumber: Jiran
Sumber: Wikipedia
Sumber: Facebook
Sumber: FMT
Sumber: Astro AWANI
Sumber: The Sundaily
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.