in

[VIDEO] Nasihat Pantau Anak Join Kelas Online, Rupanya ‘Anak Bulus’!

Feature Bulus Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang ada ‘anak bulus’ dekat rumah mesti dah ‘masak’ dan faham dengan kerenah mereka yang kadang-kadang kita rasa penat nak layan, tapi bila tak ada rasa sunyi pula kan?


Sekarang ini, macam-macam berita viral tentang si bulus dekat media sosial. Kebanyakannya yang kelakar dan comel. Terbaru ini, si bulus viral lagi sebab ponteng kelas online!

Melalui posting di Tiktok Cikgu Shaari , ‘anak bulusnya’ terlihat sedang enak landing di atas katilnya dan tidur di sebelah laptop yang terlihat masih terbuka.

@cikgushaarisukamenbola

awasi kelas online anak anda

♬ original sound – Cikgu Shaari – Cikgu Shaari

“Awasi kelas online anak anda”- Cikgu Shaari

Melihat daripada kapsyen posting Cikgu Shaari tersebut, ramai yang menyangka bahawa dia sedang memantau anaknya menghadiri kelas online di bilik. Namun, setelah puas mencari, rupa-rupanya anak yang dimaksudkan itu merupakan ‘anak bulus’ miliknya!

Banyak komen daripada netizen yang mengatakan lama mereka tunggu untuk melihat gelagat anak cikgu ini. Tetapi, yang keluar si bulus!

Komen Bulu Full

Si ‘bulus’ yang bernama Nino itu terlihat sedap betul tidur walaupun berkali-kali dikejut oleh tuannya. Tambahan pula, gaya cikgu ini mengejut kucingnya juga membuat ramai yang terhibur.

“Nino tak pergi kelas ke? Kelas online tu penting! Nino dah zuhur belum?”- Cikgu Shaari 

 Yang comelnya, si Nino terlihat tak terkesan langsung dengan kejutan Cikgu Shaari itu! Dia maintain je tidur! Geram min!

Baca: Wanita Terpaksa Kunci Laci Peti Sejuk, Nak Elak Anak Bulus 10kg Curi Makanan

Baca Bulus

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.