in

Nak Bergaya Masa Raya Tapi Mencuri

Ik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Nak Bergaya Masa Raya Tapi Mencuri
Loading
/

Tak sampai dua minggu je lagi nak raya gais! Biasanya bila raya ni bukan baju dengan kasut je nak baru, tapi kalau boleh barang-barang dalam rumah pun nak baru jugak. Contohnya macam langsir baru, pasu baru, alas meja baru atau set meja dan kerusi baru.


Tak salah kalau nak tukar semua benda kepada yang baru sempena raya, tapi yang tak eloknya bila barangan tu didapatkan dengan cara tak sepatutnya. Berdasarkan perkongsian satu akaun Facebook Tanpanama Lorde, satu set meja dan kerusi di kedai mereka telah dicuri semalam.

Ka 1
sumber: facebook
1 1
sumber: facebook

Takkan la nak guna meja dan kerusi curi buat raya kot? Kedai tersebut dikenali sebagai Tanpanama Cafe dan terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan. Kejadian yang berlaku pada jam 8:21 pagi telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup berdekatan.

Rakaman berdurasi 22 saat itu menunjukkan sebuah kereta masuk ke kawasan parking kedai yang terletak di bahagian belakang. Seorang individu berbaju hitam dan berseluar pendek dilihat keluar dari kereta dan membuka pintu dan boot kereta macam dah sedia untuk masukkan something dalam kereta dia.

Curi
sumber: facebook
34772836 617964738568277 7569522350417248256 N
sumber: facebook

Lepas tu dia selamba je masukkan meja dan kerusi yang diambil dari Tanpanama Cafe tu masuk dalam kereta dia. Menurut pemilik akaun, mall kat tersebut belum buka lagi time tu sebab bulan puasa ni buka dari 4 petang sampai 12 tengah malam.

Lepas tengok video tu, ramai kecam sikap individu tersebut yang mungkin nak sangat beraya sakan tapi guna cara yang salah.

Komen 2
sumber: facebook

Pemilik kedai dah buat laporan polis pasal ni. Kalau korang ada sebarang info boleh hubungi nombor +60134166210 di Whatsapp. Kalau ye pun nak raya sakan, tak baik tau mencuri!

Tonton rakaman video ni:

Sumber: Facebook

Baca: Habis semua kena curi!

Keu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.