in

Lebih 6000 Perkahwinan Kanak-kanak Berlaku di Malaysia!

Akadnikah Redzaridzuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkahwinan di antara lelaki berusia 41 tahun dan budak perempuan berusia 11 tahun yang berlaku di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat Malaysia. Kes ni buat ramai buka mata pasal isu perkahwinan kanak-kanak dan hak kanak-kanak itu sendiri.


Terbaru, New Straits Times melaporkan statistik mengejutkan yang mendedahkan betapa berleluasanya perkahwinan kanak-kanak dalam kalangan masyarakat Muslim dan komuniti bukan Muslim di Malaysia.

Download 1
sumber: wob

968 perkahwinan melibatkan kanak-kanak bukan Muslim dan orang dewasa serta 147 perkahwinan antara kanak-kanak bawah umur telah didaftar di seluruh Malaysia pada tahun 2017 sahaja.

Lebih mengejutkan, 5362 permohonan kebenaran untuk meneruskan perkahwinan kanak-kanak Muslim dah didaftarkan dengan Mahkamah Syariah pada tahun 2013 hingga 2017.

Over 900 World Of Buzz
sumber: wob

Angka sebenar perkahwinan kanak-kanak yang didaftarkan didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Parlimen semalam. Angka tersebut dipecahkan mengikut negeri seperti berikut:

  • Sarawak: 918
  • Sabah: 793
  • Kelantan: 793
  • Johor: 440
  • Terengganu: 407
  • Kedah: 389
  • Selangor: 385
  • Pahang: 354
  • Perak: 266
  • Federal Territory: 178
  • Negeri Sembilan: 155
  • Perlis: 107
  • Melaka: 91
  • Penang: 86

Banyaknya perkahwinan kanak-kanak berlaku kat Malaysia! Berdasarkan statistik yang didedahkan, Sarawak mempunyai bilangan perkahwinan bawah umur yang paling banyak dengan kanak-kanak dikahwinkan seawal usia 15 tahun ke bawah.

Terdahulu satu laporan mendedahkan bahawa 20,000 kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak di Malaysia disembunyikan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 10 tahun lalu.

Kanak Kanak Melayu Perempuan Child Children Bawah Umur Afp 1 Os
sumber: wob

Semoga dengan pendedahan kali ini nasib kanak-kanak yang akan mencorakkan masa depan negara akan lebih terjamin di masa hadapan.

Baca: Perkahwinan Bawah Umur Perkara Biasa di Pedalaman Sarawak?

Capturet 758X399 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.