in

[VIDEO] Menjijikkan! Rakaman Travelog Seorang Tourist Diganggu Lelaki Pervert Depan Masjid

ft lelaki pervert ganggu pelancong

Manusia pervert ni kalau dah naik sheikh, memang dah tak fikir tempat dan kesan atas perlakuannya, malah dekat mana-mana pun dia sanggup buat kerja terkutuk tu.

Rasa jijik dan juga agak memalukan sebagai wakil dari negara Asia Tenggara ini apabila melihat kelakuan seorang lelaki pervert terhadap seorang pelancong ini menerusi video travelog miliknya.

Artikel Berkaitan : “Padahal aku pakai jubah kot” – YouTuber Famous Dedah Pengalaman Diekori Lelaki Pervert

Artikel Berkaitan : “Omg maaf saya salah nombor” – Lelaki Pervert Menyamar Jadi Wanita Untuk ‘Umpan’ Gambar Bogel Mangsa

Berdasarkan video penuhnya di saluran YouTube, seorang pelancong dari negara barat ini dilihat seperti sedang melakukan penjelajahan di Sumatera, Indonesia.

Namun, keratan video yang tular di platform X yang berdurasi 2 minit 8 saat ini memperlihatkan kejadian itu ketika pelancong yang dikenali serbagai Carlos ingin melawat Masjid Tua Kayu Jao.

Selepas masuk ke pintu gerbang kawasan itu, dilihat seperti ada kawasan perumahan, Carlos yang terpinga-pinga mencari masjid itu sambil menunggang motosikal bertanyakan kepada seorang pemuda lokasi sebenar masjid tertua di Sumatera Barat itu.

Tanpa diduga, pemuda yang dia bertanyakan arah jalan itu sebenarnya adalah individu pervert yang melakukan aksi seperti dalam video di bawah ini. Dia dilihat sedang beronani sambil bertanyakan soalan-soalan yang tidak senonoh.

Carlos hanya mengabaikan lelaki itu dan terus melihat kawasan masjid tersebut, namun tidak menyangka dia masih diekori oleh lelaki pervert itu.

Akhirnya dia memutuskan untuk beredar dan menegur dengan tegas pemuda itu untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat suci seperti masjid ini.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang bengang dengan sikap lelaki tersebut, bahkan ada yang puji Carlos kerana ‘orang luar’ sendiri faham tindakan yang dibuat pemuda itu tak betul kerana berada di tempat yang suci.

Screenshot 2024 01 05 113100 Screenshot 2024 01 05 113122 Screenshot 2024 01 05 113144 Screenshot 2024 01 05 113212 Screenshot 2024 01 05 113243 Screenshot 2024 01 05 113304

Memalukanlah perangai orang macam ni, harap diri kita terhindar daripada gangguan seperti ini.

Sumber : YouTube, X