in

[Video] Mata Gadis Bertukar Jadi Biru, Terkena Jangkitan Akibat Terlampau Lama Pakai Contact Lens

Ft Lens Final E1665800590218

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakaian contact lens pada masa kini bukan lagi hanya khusus kepada mereka yang mengalami masalah rabun. Malah, kebanyakan gadis kini gemar memakai contact lens untuk menonjolkan kecantikan melalui warna mata yang pelbagai.


Namun, korang tahu tak pemakaian contact lens ini boleh mendatangkan pelbagai bahaya kepada mata kita lebih-lebih lagi contact lens yang jenis murah dan tidak berkualiti?

Bukan itu sahaja, mereka yang gemar memakai contact lens ini juga perlu peka dan cakna dengan segala ‘pantang-larang’ dan sentiasa menjaga kebersihan semasa memakainya agar mata kita tidak rosak terkena jangkitan.

 

Pakai contact lens terlalu lama, susah nak buka

Seperti yang berlaku ke atas seorang gadis ini, dia terpaksa berhadapan dengan detik yang mencemaskan apabila matanya mengalami jangkitan kuman gara-gara memakai contact lens untuk jangka masa yang lama.

Menurutnya, dia dikatakan memakai contact lens dalam tempoh masa yang lama. Pada hari kejadian, dia cuba untuk menanggalkan contact lens yang sedang dipakainya namun mengalami kesukaran.

Tik 1

Tik 2

Kesukaran ini berlaku gara-gara contact lens itu dikatakan telah melekat di matanya menyebabkan ianya sukar untuk ditarik keluar.

 

Tarik keluar guna kuku panjang

Gadis ini kemudiannya berterusan memaksa untuk menanggalkannya dengan menggunakan kuku.

Dia telah menarik keluar contact lens itu secara kasar dengan menggunakan kukunya yang agak panjang menyebabkan jangkitan berlaku mungkin disebabkan luka dan kotoran yang melekat di kuku panjangnya itu.

Tik 3

 

Kornea mata bertukar warna biru sebab jangkitan 

Disebabkan jangkitan yang berlaku, kornea matanya itu telah bertukar menjadi warna biru. Menurutnya, doktor telah menjelaskan bahawa keadaan matanya itu bukanlah kekal tetapi akan mengambil masa untuk pulih dengan sendirinya seperti sedia kala.

Tambahnya lagi, dia turut menasihati orang ramai supaya jangan sesekali memakai contact lens terlalu lama dan cuba menanggalkannya dengan menggunakan kuku yang panjang.

Tik 4 Betul

Video penjelasan yang dimuat naik oleh gadis itu di akaun TikToknya @gudanggaram246 telah berjaya meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan keadaannya.

@gudanggaram246

#zoommyface maaf baru jawab skrg?

♬ original sound – Ast project – Ast project

Ada juga yang mendedahkan pengalaman masing-masing sewaktu memakai contact lens dan tak kurang juga yang memuji keunikan warna baru matanya itu.

 

“Tapi jadi cantik” – Netizen 

Komen 1

Komen 2

Komen 3

Dah macam Hyuga clan dalam Naruto, jangan sebelah tu sharingan sudah la. Cepat sembuh ye awak. 

Baca: Wanita Kongsi Bahaya Guna Contact Lens Selama 10 Tahun Lepas Matanya ‘Jatuh’ Hingga Dia Terpaksa Dibedah Baca Lens

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.