in

[VIDEO] Majikan Hadiahkan Proton Saga Buat Staf Indonesia Yang Dah Berkhidmat 10 Tahun

Hadiah Proton Saga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tentulah kita akan berasa gembira dan bangga apabila syarikat tempat kita mencari rezeki menghargai segala usaha yang telah dilakukan untuk memajukan syarikat.


Begitulah yang dialami oleh seorang pekerja Indonesia yang berasa terharu apabila majikannya menghadiahkan sebuah kereta sebagai menghargai jasanya yang setia berkhidmat di syarikat itu.

Menerusi perkongsian @kedaibaju7 di TikTok, video tersebut memaparkan seorang pekerja yang dikenali sebagai Cahyo telah diminta hadir ke sebuah pusat pameran dan jualan PROTON.

Dia kemudian berasa agak terkejut dan terharu selepas mengetahui kereta yang dihiasi reben besar merupakan hadiah pemberian majikan kepadanya.

Cahyo tidak dapat menahan sebak dan terus tunduk menutup mukanya di atas hud kereta kerana tidak menyangka akan mendapat kejutan sebegitu.

Pemberian hadiah kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu itu diberikan kepada pekerja tersebut sebagai tanda penghargaan yang sudah berkhidmat kepada syarikat berkenaan melebihi 10 tahun.

@kedaibaju7

????TAHNIAH di ucapkan kpd STAFF kami Cahyo Yan yang telah lama berkhidmat lebih 10tahun dgn company ini..???? Kami Keluarga Besar Millionaire Design Trading Kedai Baju menghargai Jasa2 anda..BERKERJA lah dgn baik Dan tekun…??Menjadi contoh yang terbaik kpd staff2 yang lain.. TERIMA KASIH kpd Boss Dan Madam Tin Tin Jutawan atas PENGHARGAAN ini..??

♬ original sound – bellestrelle – bellestrelle

Video tersebut telah meraih lebih 175,400 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Difahamkan, Cahyo sukar untuk memohon pinjaman untuk membeli kereta memandangkan dia bukan warganegara Malaysia.

Oleh sebab itu, majikan Cahyo membeli kereta tersebut pada harga sekitar RM40,000 untuk diberikan kepadanya dalam masa yang sama sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan berkhidmat di syarikat tersebut.

Perkongsian itu nyata mendapat pelbagai reaksi positif netizen apabila ramai yang dilihat memuji tindakan majikan kerana begitu menghargai pekerjanya.

Ramai juga yang berpendapat perkara ini boleh dijadikan contoh kepada majikan lain di luar sana bagi menghargai staf mereka yang juga telah berkerja dalam tempoh agak lama.

Baca: Setia Berkhidmat Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Majikan Hadiahkan Pakcik Pakej Umrah

Petronas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.