in

“Kau mampu?” – Digelar Budak Paling Kaya Di Afrika, Anak Jutawan Dapat Hadiah Lamborghini Sempena Ulang Tahun

Budak Dapat Hadiah Lambo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ulang tahun kelahiran adalah momen yang paling dinanti-nantikan oleh semua orang. Mana taknya, hari jadi hanya datang setahun sekali dan waktu inilah keluarga akan kumpul dan beri macam-macam hadiah. Kanak-kanak paling gembira bila dapat hadiah seperti mainan atau pakaian.


Namun lain pula bagi seorang kanak-kanak paling kaya di Afrika ini apabila dia menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, pada Rabu lalu.

Lapor Daily Star, Muhammed Awal Mustapha atau lebih dikenali sebagai Mompha Junior ini rupanya merupakan anak kepada jutawan Ismailia Mustapha. Kalau korang nak tahu, Lamborghini Aventador berwarna kuning tersebut telah dianggarkan bernilai £300,000 iaitu RM1.6 juta.

Kaya 1

Kisah pemberian hadiah mewah ini mencuri perhatian ramai selepas bapanya memuatnaik gambar foto menerusi Instagramnya @mompha dengan menyatakan bahawa anak lelaki dia adalah sebab utama untuk dia teruskan hidup serta senyuman anaknya merupakan kebahagiaan buat keluarga mereka.

Bapanya yang turut dikenali sebagai Mompha Senior merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mompha Burea De Change, di kepulauan Lagos. Ahli perniagaan itu sebelum ini kerap berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi Instagram.

Keluarga kaya ini juga memiliki kereta mewah, jet peribadi dan rumah agam di beberapa negara termasuklah Dubai dan Nigeria.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah dan ada juga yang berkata budak ini sangat bertuah kerana hidup serba mewah.

“Continue growing in wisdom and knowledge” – Komen netizen

Komen Budak 1

Setakat ini korang pernah dapat apa untuk hadiah birthday?

Baca: “Sad ending rupanya” – Terlanggar Kek Hari Jadi Sendiri, Ramai Simpati Tengok Adik Ini

Bawahh

Sumber: Daily Star
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.