in

[Video] Lelaki Mati Lepas Dua ’Prankster’ Tolak Dari Jambatan Setinggi 12 Kaki Untuk Populariti Di Media Sosial

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, nak famous punya pasal orang sampai sanggup cederakan orang lain atau diri sendiri. Trend apa macam ni?


Menurut Mirror, dua individu menolak seorang lelaki dari jambatan setinggi 12 kaki hingga mati semata-mata nak buat video kelakar untuk media sosial. Kelakar ke kalau tengok orang lain sakit?

Rakaman yang berlaku di Sungai Dnipro Ukraine menunjukkan seorang lelaki berusia 48 tahun cuba sedaya upaya berpaut pada pagar jambatan itu.

Lebih menyedihkan lagi, boleh tengok dia merayu kepada dua prankster ini supaya jangan menolaknya. Tak cukup dengan itu, sebelum dua penyerang ini menolak lelaki malang tersebut, mereka sempat menumbuk muka lelaki itu. Apa masalah dorang ni?

Beberapa saat kemudian, dua individu kejam menolak lelaki malang ini dari jambatan setinggi 12 kaki ke dalam sungai. Mangsa mati lemas kerana tak sempat berenang untuk menyelamatkan diri. Kalau korang nak tengok video, boleh klik sini.

Collage 9

Pihak Polis di Ukraine mengecam fenomena membuat video kejam semata-mata nak meraih populariti.

Timbalan pengerusi pasukan polis negara tersebut Vyacheslav Abroskin telah tampil memberi respon tentang insiden ini di media sosial.

Polis Dnipro telah menangkap dua bangsat yang lahir pada tahun 1993 dan 1996, yang menolak seorang lelaki ke dalam sungai hanya dengan tujuan untuk merakam video menggunakan telefon bimbit. Mereka bunuh lelaki ini.”

Video kejam ini dirakamkan di atas sungai di sebuah restoran di bandar Dnipro.

Proses pencarian telah dijalankan dan mayat lelaki itu telah ditemui.

Kalau ada cerita-cerita kejam melampau dekat media sosial ramai betul orang yang gelak. Sebab tu lah orang-orang ni suka buat video cederakan orang, sebab ramai yang suka kan?

 

Baca: “Saya tak berniat nak sakitkan dia” – Remaja ‘Tertolak’ Rakan Dari Jambatan Setinggi 60 Kaki Hingga Patah Tulang Rusuk

Screenshot 2019 04 10 At 12.38.19 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.