in

[Video] Lelaki Dikatakan Pura-pura Belai Lepas Kantoi Ada Orang Nampak Dia ‘Libas’ Bayi

Bayi9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin bergaduh sesama pasangan itu normal biarpun di tempat awam sampai, kita orang luar ni boleh je buat-buat ‘tak ambil port’ tapi kalau dah sampai menzalimi bayi yang tak berdosa itu rasanya memang tak boleh bawa bincang!


Kejadian itu disaksikan sendiri oleh seorang netizen ini, dia melihat seorang wanita dan bayi telah dikasari oleh seorang lelaki.

 

Libas bayi, lepas orang ramai datang, kau nak buat konon-konon sayang baby tu”

Dalam perkongsiannya di Twitter yang telah meraih 22.8K jumlah retweets dalam masa 21 jam ia dimuat naik, netizen yang dikenali sebagai @RadenZaharatul ini ada terdengar jeritan daripada seorang wanita, tapi seperti yang dikatakan tadi, sebagai orang luar malas nak masuk campur.

Tiba-tiba, dia terdengar suara bayi, dan terus berlari kearah wanita tersebut. Bila dilihat, wanita yang menjerit itu dipukul oleh seorang lelaki.

Memikirkan bahayanya untuk dia menyelamatkan bayi itu sebab mangsa tengah kena pukul, @RadenZaharatul terus menjerit dan orang ramai mula berkerumun. Si pelaku pun berhenti pukul mangsa.

“Masalahnya cam bodo dia konon-konon nak usap2 baby tu padahal i nampak kot apa dia buat dri awal.”

Netizen ini bertindak merakam semasa kejadian, katanya dia ternampak bayi itu dilibas dan dikatakan buat-buat usap bayi tersebut apabila orang ramai datang.

Boleh tengok video kat bawah ni…

Menurut saksi ini, dia sekarang masih lagi trauma dengan apa yang dia nampak dan masih terfikir dengan nasib mangsa itu kerana mereka dah lari.

Biarpun lokasi, kejadian, identiti dan hubungan antara mangsa dan pelaku masih belum dikenalpasti, ramai netizen yang bengang dengan tindakan kejam lelaki itu.

Ada antara mereka bimbang dengan nasib bayi itu dan ada juga yang dapat ‘hidu’ seolah-olah mereka adalah pasangan suami isteri yang sedang berdepan dengan struggle sekarang.

 

Harap baby selamat – Netizen

Bayi6 Bayi5 Bayi4 Bayi3 1Bayi2 1Bayi3 1Bayi 3

Apa pun doa-doa lah yang bayi itu tak ada apa-apa.

 

Baca : “Last jumpa masa baby” – [VIDEO] Nenek Sanggup Redah 3 Jam Perjalanan, Semata-mata Nak Tengok Cucu Di Sempadan

Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.