Biasanya kelakuan tidak bertamadun pengguna jalan raya ini akan dirakam menerusi dashcam atau telefon daripada pengguna jalan yang lain, tetapi kali ini pelaku sendiri dengan bangganya rakam dan siap tayang di media sosial.
Viral satu video dimana ada seorang pemandu menayang aksinya ‘cucuk kereta depan’ untuk tak nak bayar tol.
Bangga dapat ‘cucuk kereta depan’ lari tol
Pada asalnya video itu telah ditayangkan ke TikTok dan dikongsikan semula ke Twitter, biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, ramai netizen yang mengecam dengan tindakan lelaki tersebut.
Malah ada yang telah menggesa agar pihak berkuasa mengenakan tindakan yang sepatutnya kepada lelaki tersebut. Malah dalam video tersebut, ia ada bersertakan caption yang mengundang lagi kemarahan warganet.
“Tetaplah hidup walaupun tak berguna.”
https://twitter.com/pedoqpop/status/1535953934711652352
Harap cepat kena cekup – Netizen
Min pun sama, kalau tak ada duit memang sanggup ikut jalan jauh, tapi kita fikir sudut ‘positif’ lah, kereta kena towing kot.
Baca : [VIDEO] Kereta Dah Bayar Tol Tapi Tak Sempat Keluar Sebab Palang Tutup Balik Lepas Motor Lalu