“Video lagi penting dari nyawa” – Remaja Lemas Masa Berenang Tapi Kawan Ambik Video Sampai ‘Lupa’ Nak Tolong

Kalau korang perasan, zaman sekarang ni kalau nampak accident je mesti benda pertama yang orang buat adalah keluarkan phone kan?

Samalah macam kes ni, seorang lelaki dibiarkan lemas sementara orang lain sempat rakamkan insiden dia tercungap-cungap dalam air.

Menurut UNILAD, pada 15 November lalu, Jaffer Ayub berusia 19 tahun dan dua rakannya telah pergi ke sebuah kuari di Kalburgi Karnataka untuk berenang.

Tanpa membuang masa, Jaffer terus terjun ke dalam air tanpa periksa dulu kedalaman kolam tu dan berenang beberapa meter jauh dari tebing.

Sumber: UNILAD

Namun, bila dia mula nak berenang semula ke tebing sungai, Jaffer mula kelihatan penat dan tak boleh nak cengkam tanah untuk naik ke tebing dan jatuh semula ke dalam air.

Tak lama kemudian, Jaffer muncul semula ke permukaan air bergelut untuk menyelamatkan diri. Pun begitu, orang yang merakamkan video tersebut tak buat apa-apa untuk menolong lelaki malang ini.

Seorang lagi lelaki lain yang berdiri beberapa inci saja dari Jaffer mula hulurkan tangan tapi tak sempat Jaffer nak capai tangan, budak ini tarik semula tangannya. Motif?

Sumber: UNILAD

Sementara Jaffer cuba untuk selamatkan diri, beberapa orang di sana hanya duduk di tepi tebing dan tengok je lelaki ni struggle dalam air sebelum lelaki ni hilang dari permukaan air.

Kalau korang nak tahu, bila Jaffer dah tak kelihatan atas permukaan air, barulah orang semua sibuk cuba tarik dia ke permukaan air namun dah terlambat…

Sumber: UNILAD

Lihat dari suasana ketika di tempat kejadian, orang-orang yang ada berdekatan sungai tu boleh je tolong Jaffer sama ada dengan hulurkan tangan atau masuk ke dalam air, tapi dorang pilih untuk tengok je kejadian tragik ni berlaku depan mata.

Pegawai polis yang menyiasat kes ini mengatakan, orang-orang berdekatan mungkin “terlalu takut nak tolong” sebab tu tak ada orang buat apa-apa.

Mungkin dorang tak sedar yang mangsa tengah lemas.”

Ini bukanlah kes pertama yang berlaku dekat India tau! Sebelum ni, seorang lelaki berusia 53 tahun mati terbakar dalam kereta sementara orang lain hanya berdiri dekat tepi dan rakam video tanpa hulurkan bantuan.

Admin tak pasti apa perasaan orang-orang yang tengok dia lemas tu. Mungkin takde sorang pun dekat situ yang tahu berenang kot…

 

Baca: “Kesian bomba” – Dikhuatiri Lemas Lepas Kereta Terhumban Masuk Tali Air, Rupa-Rupanya..

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson