Kesibukan kerja selalu menjadi batas untuk kita meluangkan masa bersama ibu dan ayah. Semakin kita dewasa, semakin kurang masa untuk diluangkan dengan mereka terutamanya kalau kita merantau di tempat orang.
Satu video di media sosial kini meruntun hati netizen apabila seorang pemuda yang bekerja sebagai pemandu lori dilihat ‘melepaskan rindu’ untuk berjumpa ibu bapa walaupun sekejap kerana sedang menjalankan tugas.
Artikel berkaitan : “Ibu bapa saya normal, cuma mata mereka tak nampak” – Perkongsian Anak OKU Penglihatan Buat Ramai Rasa Hiba
Artikel berkaitan : Caprice Dedah Ramai Ibu Bapa Dakwa Anak Did*ra Lepas Hantar Ke Sebuah Tadika Terkenal
Ibu bapa naik motor tunggu di perhentian bas
Berdasarkan video tersebut, pemandu lori itu dikatakan berasal dari Perlis dan bekerja di Perak, nak dipendekkan cerita, lelaki itu ada membuat penghantaran di Perlis dan dia menggunakan kesempatan tersebut untuk bertemu dengan ibu bapa walaupun sebentar di tepi jalan.
“Sedih tengok mereka tunggu aku tepi jalan macam ni dengan naik motornya tapi malas nak keluarkan air mata. Aku dengan mak ni kalau keluarkan air mata sama-sama macam dalam drama. Baik tahan sahaja.”
Menurut pemilik video, ibunya siap menyediakan makanan kegemarannya sebagai bekalan dan dia sangat gembira dapat merasakan air tangan ibunya. Mereka bertiga juga dilihat berpelukan dan pemuda itu mencium pipi ibu bapanya sebelum menghulurkan wang kepada mereka berdua.
@zulkhainine kredit to owner video..🥲
Video yang telah meraih lebih daripada 520K jumlah tontonan dalam masa sehari ini telah meruntun hati ramai netizen dan ada di antaranya meluahkan rasa rindu kepada ibu bapanya yang telah tiada, selain memuji effort pemuda ini untuk meluangkan masa bersama orang tuanya walaupun hanya sebentar.
Sumber : TikTok
