in

[VIDEO] Jangan Pandang Sebelah Mata, Pemandu Lori Viral Dedah Gaji RM8,000 Sebulan

Page Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang boleh dikatakan agak susah untuk kita dapatkan sesuatu pekerjaan yang setimpal dengan pendapatan, kan?


Baru-baru ini telah tular di aplikasi TikTok selepas seorang pengguna menerusi akaun @madrizz_official mendedahkan sesuatu yang mengejutkan berkaitan dengan pendapatan yang diperoleh dari pekerjaannya dalam sebulan!

@madrizz_official

Balas kepada @mohdfaizalredzuan bukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima ? #fypchallenge #fyppage #fypシ #fyp #fypage #masukberanda

♬ suara asli – rainn – rainn

Perkongsian itu dibuat selepas dirinya kerap menerima soalan dari pengguna TikTok lain yang tertanya-tanya berapa gaji yang diperoleh sebagai seorang pemandu lori.

Balas kepada @mohdfaizalredzuanbukan nak riak tapi sekadar bagi jawapan kepada antara soalan yg paling byk sy terima”

Untuk memberi penjelasan yang lebih jelas, pemandu itu kongsikan sekali keratan slip gajinya dan ternyata jumlah RM8,000 itu merupakan gaji kasarnya sebelum ditolak menjadi gaji bersih sebanyak RM6,000.

Slip

“Gaji besar tapi jarang ada rumah…”

Tinjauan di bahagian komen pula, ramai yang berkata bahawa gajinya lumayan dan setimpal untuk mendapat jumlah sebanyak itu dari segi pekerjaan yang dilakukan untuk mencari sumber rezeki.

Ini kerana pemandu lori sememangnya dikenali dengan skop pekerjaannya yang berat sehingga terpaksa menggadaikan masa mereka, malah ada yang tidak pulang ke rumah dalam jangka masa yang lama.

Tiktok Full 4

Menurut K! Online, ada pemandu lori lain yang mendapat gaji lebih tinggi sehingga mencecah belasan ribu ringgit dalam sebulan. Bukan itu je, katanya kalau makin lama kerja, makin tinggi gaji…

Wah, memang rezeki lah kan orang kata? Tak kisah lah kerja apa, yang penting halal sumbernya. Hehehe…

Baca: “Gaji hampir RM3K sebulan” – Kalau Mental Korang Kuat, Boleh ‘Apply’ Jadi Babysitter Jaga Patung YouTuber Ini

Untitled 1 9

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.