in

[Video] Ingat Sakit Mata Biasa, Rupanya Kutu Babi Hinggap Di Mata Anak Dah 3 Hari

Ft Kutu Final

Ada antara korang yang pernah atau mempunyai pengalaman berhadapan dengan peritnya ‘penangan’ si kutu babi? Kutu babi atau dikenali juga sebagai sekenit bagi sesetengah orang, boleh mengakibatkan bengkak atau demam berlarutan sekiranya digigit.

Seperti seorang kanak-kanak perempuan dari Indonesia ini, dia mengalami sakit dan rasa pedih yang berpanjangan pada bahagian matanya akibat dihinggapi kutu babi. 

 

Ingatkan ruam biasa, sakit tak kasi sentuh

@faizaanoer24

ya Allah nakk??#fyp #fypppppppppppppp

♬ original sound – _meeroja – _meeroja

Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik oleh ibunya menerusi akaun TikTok, dia mendedahkan bahawa mata anaknya itu mengalami kemerah-merahan. Pada awalnya, dia menyangkakan kemerahan itu berpunca daripada bintil (ruam) biasa sahaja.

Bukan setakat timbulnya kemerah-merahan pada bahagian kelopak mata, malah anaknya itu juga sering menjerit dan menangis kesakitan gara-gara merasa pedih pada bahagian tersebut ketika waktu mandi. Dia juga tidak membenarkan sesiapa pun untuk menyentuh mukanya gara-gara kepedihan yang ditanggung itu.

 

Hari ke-3 baru perasan ada kutu babi melekat

Setelah diteliti, wanita itu hanya perasan selepas 3 hari berlalu bahawa kesakitan pada bahagian kelopak mata anaknya itu berpunca daripada seekor kutu babi yang melekat pada bahagian bulu matanya. 

Kutu 1

Tambah wanita itu lagi, ekoran daripada kejadian itu, dia telah pun membawa anak perempuannya itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan supaya tidak terdapat jangkitan kuman.

Kutu 2

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih perhatian netizen sehingga ditonton lebih 80,000 kali. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga si kecil cepat sembuh.

Tak kurang juga ada yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing pernah digigit oleh kutu babi sehingga mengambil masa sebulan untuk sembuh.

 

“Sebulan jugak nak baik” – Netizen

Komen 1

Baca: Disebabkan Kelalaian Ibu Bapa, Budak 12 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kekurangan Zat Akibat Kutu Rambut

Baca Kutu

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok