Tular satu video memaparkan individu dikatakan melakukan perbuatan yang tidak senonoh di dalam sebuah masjid di Melaka.
Berdasarkan video tersebut, dikatakan individu itu merupakan antara Ahli Jawatankuasa Masjid tersebut sendiri.
Artikel berkaitan : Masjid Sultan Abu Bakar Perjelas Video Tular Pelancong Asing Dilarang Merakam Dalam Masjid
Artikel berkaitan : Lelaki Cabul Wanita Depan Masjid Mohon Hukuman Diringankan, Tertekan Kerana Kematian Isteri
Layan video lucah dalam pejabat masjid
Video yang berdurasi 1 minit 59 saat itu dikatakan berlaku pada 27 Disember 2025. Ia memperlihatkan pemilik video mendekati lokasi yang dipercayai pejabat masjid tersebut.
Saat berada di tingkap, terdapat individu sedang duduk sambil melihat komputer yang terpapar jelas menunjukkan didakwa video lucah sebelum ada orang yang dipercayai imam masjid mengetuk tingkap tersebut.
Ketika lelaki tersebut keluar dari bilik pejabat, dia ditanya oleh imam masjid apa yang dilakukannya dengan kejadian itu disaksikan oleh 2 orang saksi.
“Buat apa ni cik, apa yang tak ada apa, masjid ni cik, ni masjid tau, jadi jangan kata ni edit jangan kata ni AI, jangan kata ni fitnah.”
Jelas imam tersebut lagi, kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika dia ingin menuju ke lokasi majlis nikah untuk menjadi saksi di masjid tersebut.
Kes tersebut dilihat sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, isu tersebut akan dibincangkan ke Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Sumber : Facebook, Berita Harian
