in

[VIDEO] Hantar Tiga Anak Ke Sekolah Naik Basikal, Kisah Penjual Sayur Ini Buat Netizen Sebak

Ft Penjual Sayur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa kos sara hidup kini semakin meningkat, namun masih ada individu di luar sana yang berbekalkan pendapatan harian yang tidak mencukupi.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang individu yang terpaksa cekal mencari rezeki dengan berniaga sayur berharga RM1 demi menyara isteri dan anak-anaknya.


@adrianedy7

Mengalir air mata pakcik Julamri, hadiahkan basikal baru buat dia, pakcik jual sayur RM1 di tepi jalan, paling banyak pernah dapat RM15 saja sehari, anak 5 orang, setiap pagi hantar anak ke sekolah gunakan basikal. Borong semua sayur pakcik jual 😭 #fyp #adrianedy

♬ syukuri hidup ini – Eskkaaaa🧚🏻‍♀️

Kisah menyayat hati ini dikongsi oleh seorang aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy yang hadir menyantuni individu tersebut.

Individu yang dikenali sebagai, Julamri, 45, itu menggunakan sebuah basikal untuk berniaga sayuran di tepi jalan dan dia juga menggunakan basikal tersebut untuk menghantar tiga orang anaknya ke sekolah setiap hari.

“Setiap hari pakcik Julamri pergi hantar tiga anaknya yang masih bersekolah dengan menaiki basikal seawal pukul 5:30 pagi.”

“Kemudian dia akan berniaga di tepi sebuah jalan di Putatan bermula jam 8 pagi. Kadang-kadang tak habis. Dia jual sayur RM1 seikat,” kata Adrian.

Difahamkan, sayur-sayuran berkenaan ditanam sendiri oleh Julamri di hadapan rumahnya dan ia dijual dengan harga murah semasa masih segar serta sangat berbeza dengan keadaan sayuran di kedai.

Namun, mungkin tempat yang dipilih tidak bersesuaian kerana orang susah untuk berhenti membeli sebab Julamri berniaga di tepi lampu isyarat.

Screenshot 2023 03 01 155908

Dalam pada itu, Adrian telah bertindak untuk menghadiahkan Julamri sebuah basikal yang baru agar dapat menyenangkan dia untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah serta memborong segala jualan sayuran pada hari itu.

“Saya belikan sebuah basikal untuknya. Dia macam terkejut. Dia kata macam bermimpi dapat basikal baru. Dia terus menangis kat situ.”

“Saya ada niat nak belikan dia motosikal. Tapi dia tak ada lesen dan tak tahu menunggang motosikal,” jelas Adrian.

Menurut Adrian, walaupun Julamri hidup dalam serba kekurangan, dia tetap akan bersedekah sayur-sayuran kepada jirannya setiap kali ia tidak habis terjual.

“Semoga dimurahkan rezeki” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak setelah mendengar kisah kehidupan Julamri dan ada juga netizen yang mahu menghulurkan bantuan kepada pak cik tersebut.

Screenshot 2023 03 01 155046

Semoga urusan pak cik Julamri ini dipermudahkan..

Sumber: mStar, TikTok

Baca : Singgah Ke Kubur Ayah Sebelum Sambung Berniaga, Video Budak Lelaki Ini Bikin Ramai Sebak

Cats 51 728X383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.