in

[VIDEO] Hampir 3 Tahun Berdepan Kemelut Rumah Tangga, Hana Azraa Kembali Berbaik Dengan PU Abu?

Ft Hana Baik Balik Dengan Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut rumah tangga artis dan selebriti sering menjadi bualan hangat warganet termasuklah konflik yang dihadapi oleh Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan isteri keduanya iaitu Hana Azraa.


Bagaimanapun, baru-baru ini didedahkan bahawa rumah tangga mereka dilihat kembali pulih selepas kedua-duanya memilih jalan untuk berbaik semula.

Selepas hampir tiga tahun berdepan kemelut rumah tangga, Hana berkata, hatinya terbuka untuk menerima semula Abu semasa mereka mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah, Ramadan lalu.

Screenshot 10

“Saya dan Abu memilih jalan untuk berbaik pada bulan Ramadan lalu selepas hampir setahun tidak berhubung. Waktu itu kami berada di Mekah,” katanya.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, perkongsian yang dimuat naik oleh Hana melalui IG storynya yang memaparkan dia bersandar di bahu PU Abu dengan kapsyen meluahkan rasa sedih disebabkan Abu tidak dapat pulang ke rumah.

Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini Hana dikatakan berkeras tidak akan berbaik dengan Abu susulan masalah yang pernah dilaluinya.

Pada masa yang sama, Hana turut memberitahu dia enggan berkongsi hal mengenai rumah tangganya itu kerana bimbang orang ramai akan mendapat tanggapan yang salah.

“Kalau boleh saya tidak mahu cerita lebih lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga. Takut tersalah cakap.”

“Saya bimbang jika ada kata-kata yang tidak kena. Doakan yang baik-baik untuk rumah tangga kami,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan pernah menjadi sensasi apabila PU Abu didakwa masih menggangu Hana walaupun mereka sudah berpisah.

Alhamdulillah, kita doakan yang terbaik la buat mereka ni..

Sumber : mStar

Baca : ‘Berbalah’ Di IG Story, Isteri & Bekas Isteri PU Abu Buat Laporan Polis

Ft Pu Abuuuuuuu 728X383 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.