in

[VIDEO] Gara-gara ‘Double Park’, Ramai Terkejut Wanita Patahkan Side-Mirror & Rosakkan Kereta Orang

Page Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang jenis yang rajin bawa kereta pergi mana-mana, mesti takkan dapat lari dari double park bila semua tempat parkir dah penuh.


Bila dah double park ni, mestilah kedudukan gear kereta perlu ditetapkan kepada free gear, barulah senang untuk dialihkan kalau ada kereta yang nak keluar. Tapi, baru-baru ni ada satu insiden yang berlaku di sekitar Pandan Indah.

Insiden yang dikongsikan melalui Facebook Pandan Indah Blowing Water Station, seorang wanita dilihatkan secara tiba-tiba bertindak dengan merosakkan kereta orang lain hanya sebab double park.

Walaupun pemilik kereta itu telah meletakkan nombor telefonnya di cermin kereta, tapi wanita ini bertindak dengan mematahkan side mirror menggunakan penyapu selain dari merosakkan wiper kereta.

Bukan itu saja, difahamkan dia turut mencalarkan kereta dan juga meletakkan tilam lama di atas bumbung. Uish… Aunty ni okay ke tak?

“Dah rosakkan lepastu blah macamtu je?! 

Apa yang buatkan netizen terkejut adalah tindakan wanita ini yang berlalu pergi tanpa rasa bersalah selepas itu. Kat bahagian komen pula, sampai ada yang berdebat nak bagitahu siapa yang sebenarnya salah.

“Sebenarnya dua2 tu salah. Aunty tu boleh je call orang tu terus… Bukan takde nombor phone kat situ…” – Komen netizen

Fb Full

Betul lah tu, dua-dua ada salah cumanya kenalah bertimbang rasa. Kan better kalau dapat bawak bincang? Korang yang lain, jangan pulak ikut apa aunty ni buat okay?

Baca: [VIDEO] Lori Treler Bergerak Sendiri, Banyak Kereta Rosak Akibat ‘Dilanggar’

Untitled 3 15

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.