Pengguna jalan raya harus sentiasa berhati-hati apabila sedang memandu mahupun menunggang motosikal kerana malang tidak berbau, apa sahaja boleh berlaku semasa kita berada di atas jalan raya.
Antara faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya boleh merangkumi kecuaian diri sendiri ataupun faktor keadaan jalan tersebut. Masa hujan, jalan kan licin jadi kita kena beringat, jangan laju-laju..
Baru-baru ini, telah tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian empat buah motosikal yang jatuh secara berturut-turut yang dikatakan berlaku di Bulatan Gok Kapi, Kota Bharu, Kelantan.
Minyak diesel tumpah di atas jalan
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak diesel di atas jalan berkenaan.
Disebabkan itu, sebanyak empat orang penunggang motosikal termasuk seorang penunggang wanita mengalami kecederaan selepas mereka tergelincir di atas jalan tersebut.
Daripada rakaman tersebut, dapat dilihat kesemua mangsa gagal mengawal kenderaan mereka sebelum jatuh tergelincir berturut-turut semasa melalui jalan berkenaan.
Susulan kejadian itu, orang ramai telah menelefon ambulans dan pihak bomba, mereka tiba di lokasi kejadian bagi membantu kesemua mangsa yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.
Mangsa telah dibawa ke hospital
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei, mangsa wanita berusia 42 tahun yang mengalami kecederaan serius itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua lagi mangsa yang berusia 28 dan 64 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.
“Sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian telah membuat semburan air ke atas jalan raya bagi menghilangkan kesan tumpahan diesel,” kata Zukeri.
Sumber : Facebook (Yu KH), Kosmo
Semoga mangsa semua cepat sembuh dan dipermudahkan urusan..
Baca : [VIDEO] Lelaki Pecahkan Cermin Kereta X50 Gara-Gara Tak Puas Hati Kena Hon