in

[VIDEO] Lelaki Pecahkan Cermin Kereta X50 Gara-Gara Tak Puas Hati Kena Hon

Penunggang Moto Pecahkan Cermin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penafian: Artikel ini mengandungi gambar/video/penulisan yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.


Semasa menggunakan jalan raya, kita haruslah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini.

Jika berlakunya kemalangan jalan raya, kebiasaanya akan mengambil kira atas budi bicara pemandu tersebut. Tapi kalau dah eksiden lepas tu tak nak mengalah macam mana?

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di Facebook memaparkan seorang penunggang motosikal yang menunjukkan lagak samseng dengan menumbuk cermin kereta.

Seorang penunggang motosikal lelaki bertindak menumbuk dan memecahkan tingkap kereta di Cheras, Kuala Lumpur.Berita lanjut: https://majoriti.com.my/berita/2022/11/29/video-penunggang-lagak-samseng-pamer-aksi-039muay-thai039-tumbuk-cermin-x50#majoriti#tular#cheras

Posted by Majoriti on Monday, November 28, 2022

Tindakan seorang penunggang motosikal lelaki yang menumbuk sehingga pecah tingkap kereta, berlaku di Bandar Sri Permaisuri, Cheras telah mengundang kecaman netizen.

Kejadian itu dipercayai berpunca akibat kesalahan penunggang tersebut yang terlebih dahulu melanggar lampu isyarat merah sebelum berlaku geselan kecil dengan kereta berkenaan.

Bengang dengan insiden tersebut, suspek lelaki yang dilihat menunggang bersama seorang wanita itu kemudiannya turun daripada motosikalnya dan bertindak cuba merosakkan kereta pemandu terbabit.

Dengan aksi ala-ala ‘muay thai’, mangsa mendakwa cermin keretanya pecah akibat ditumbuk beberapa kali oleh lelaki berkenaan.

Pecah Cermin Kereta 1 1068X601 1

Walaupun mangsa dicabar berkali-kali, dia tidak mengambil sebarang tindakan dan terus berdiam diri di dalam kereta dan merakam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, klip video kejadian tersebut tular di Facebook sekitar jam 8.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Menurut Zam Halim. beberapa saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

“Pihak kami telah menerima laporan berhubung kejadian ini dan sehingga kini beberapa orang saksi telah dirakan percakapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, suspek bertindak sedemikian kerana telah dihon oleh mangsa sewaktu dirinya melanggar lampu isyarat.

Susulan itu, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian tersebut, lapor Kosmo.

Apa pun kita tunggu la keputusan daripada pihak berkuasa…

Baca : “Gigil satu badan tengok video ni” – Isteri Cemas Lihat Video Suami Hampir Dihempap Lori

Gigil Satu Badan Tengok Video Ni Isteri Cemas Lihat Video Suami Hampir Dihempap Lori 758X399 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.