in

[Video] Dulu Ayah Tak Kasi Bela Kucing Sebab Busy, Sekarang Ayah Pula Syok ‘Bergelek’ Dengan Si Bulus

Ft Kucing Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai keinginan untuk membela haiwan peliharaan, sebenarnya memerlukan komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan haiwan peliharaan tidak diabaikan.


Antara perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan haiwan peliharaan ini adalah masa dan segala kos yang perlu dilaburkan untuk keselesaan haiwan yang dibela.

Justeru itu, terdapat peminat haiwan yang tidak dapat meneruskan ‘hasrat’ mereka untuk membela haiwan yang digemari gara-gara kekangan masa untuk ‘memanjakan’ haiwan peliharaan atau tidak mampu untuk menanggung kos pengurusan haiwan-haiwan ini.

Bukan pakai bela je ye. 

Gara-gara banyak perkara yang perlu diambil kira, kebanyakan ibu bapa biasanya tidak membenarkan anak-anak untuk memiliki haiwan peliharaan di rumah kerana dianggap leceh dan takut ia diabaikan.

 

Ayah tak kasi bela kucing 3 tahun lepas

Begitulah situasi sama yang dihadapi oleh gadis ini dimana pada tiga tahun yang lepas, ayahnya tidak membenarkannya untuk membela kucing sebagai haiwan peliharaan gara-gara kesemua ahli keluarganya sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan Si Bulus itu.

 

Namun, pandangan ayahnya itu ternyata telah berubah kini apabila satu klip video yang melucukan telah dimuat naik sendiri oleh gadis ini di akaun Twitter miliknya yang memperlihatkan aksi comel ayahnya yang tengah syok ‘bergelek’ dengan kucing peliharaannya.

 

Sakan ‘bergelek’ dengan kucing 

Dalam video itu, si ayah dilihat sungguh terhibur mengangkat tinggi kedua-dua belah kaki depan Si Bulus yang diberi nama Muezza itu dan menggerak-gerakkannya sambil menari.

Feat Kucing

Feat Kucing 3

Apa yang lebih melucukan, si kucing itu juga kelihatan ‘pasrah’ dan ‘reda’ sahaja diperlakukan sebegitu oleh tuannya.

Video yang berdurasi selama 6 saat itu berjaya meraih lebih daripada 90,000 views dan 11,000 likes sejak dimuat naik dua hari yang lepas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si bapa dan Si Bulus milik gadis berkenaan.

Tak kurang juga ada netizen yang mengakui bahawa ramai parents yang pada mulanya tidak menyukai haiwan peliharaan, namun pada akhirnya mereka pula yang sayang haiwan peliharaan itu lebih daripada anak sendiri.

 

“Dulu anti, sekarang siap bawak tidur” – Netizen

Twit 1

Twit 2

Twit 3

Tak kenal maka tak cinta la kan.

Baca: [Video] Kucing Pandai Guna Toilet, Owner Siap Kena Tunggu Turn Nak ‘Membuang’ Baca Kucing 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.