Seperti yang kita tahu, para hijabis mesti akan menggunakan jarum peniti supaya tudung mereka terletak dan tidak bergerak. Tapi ada segelintir wanita yang masih suka menggigit jarum peniti semasa menggayakan tudung mereka.
Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang doktor sedang meneliti sebuah x-ray pesakitnya yang tertelan jarum peniti telah mencuri tumpuan warganet.
Macam mana boleh tertelan tu?
@hanyafototulang #fyp #viral #rontgen2023 #abdomen #corpusalienum #hijabers @HanyaFotoTulang @HanyaFotoTulang
Semasa artikel ini ditulis, video TikTok yang tular itu telah mendapat 1.9 juta jumlah tontonan serta meraih 64K jumlah likes dalam jangka masa 3 hari.
Apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila doktor itu mendapati jarum yang berada di dalam badan pesakitnya itu telah tersangkut di bahagian usus.
Bukan itu sahaja, doktor itu menerangkan jika bendasing tersebut berada di dalam badan pesakit lebih dari 12 jam, makanya pembedahan harus dilakukan.
Difahamkan punca pesakit tersebut tertelan jarum itu adalah kerana dia sedang menggigit jarum itu sebelum dipinkan kepada tudungnya.
Perkara ini kedengaran seperti perkara yang biasa dilakukan oleh hampir semua orang namun, doktor tersebut telah menasihatkan supaya orang ramai dapat membuang tabiat membahayakan ini.
“Aku pernah kejadian kek ginii” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen saling mengingatkan rakan-rakan mereka agar tidak menggigit jarum semasa memakai tudung dan ada juga yang berkongsi kisah mereka yang seakan-akan sama dengan kisah pesakit doktor tersebut.
Hati-hati tau korang masa pakai tudung jangan biasakan gigit jarum peniti!
Baca : “Jangan kepit pin kat bibir”- Ngeri! Wanita Tertelan Pin Tudung ‘Sangkut’ Kat Paru-paru