Video Doktor Galakkan Penyanyi Jazz Ini Main Gitar Semasa Bedah Otak Sebab…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Biasanya sewaktu pembedahan sudah semestinya tubuh badan tidak berfungsi, bahkan kita akan berada dalam keadaan tidak sedarkan kiri ketika doktor menjalankan tugas mereka.

Tapi lain pula cerita ni,  seniman jazz Afrika Selatan, Musa Manzini boleh pula petik gitar ketika doktor-doktor membuat pembedahan langsung pada otaknya. Difahamkan, pembedahan itu dijalankan selama enam jam!

 

Doktor pilih untuk bedah dalam keadaan sedar supaya….

Video itu memaparkan doktor sedang berusaha untuk membuang ketumbuhan di otaknya.

Manzini berbaring dalam bilik pembedahan, dikelilingi petugas perubatan yang bekerja dengan teliti, sambil dirinya memetik tali gitar secara berterusan.

Lapor Astro Awani, ia bagi membolehkan pasukan doktor di Durban tersebut meneliti bahagian otak Manzini yang digunakan untuk bermain muzik.

Selain itu, boleh melindungi bahagian otak tersebut serta mengembalikan upaya pergerakan jarinya, yang terjejas akibat ketumbuhan itu.

Menurut sumber lagi, doktor memilih untuk menjalankan pembedahan itu dalam keadaan Manzini sedar, supaya mereka dapat menilai bahagian otak yang masih berfungsi ketika pembedahan itu berlangsung dan dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan saraf.

 

Rasa sangat janggal dan tidak selesa,”

I'd like to thank specialist neurosurgeons Drs Basil Enicker and Rohan Harrichandparsad, UKZN Medicine, anaesthetist Jorge Cardoso and Inkosi Albert Luthuli Central Hospital for carrying out a successful awake craniotomy.

Posted by Musa Manzini on Thursday, December 20, 2018

Sumber : Facebook

“Saya rasa sangat janggal dan tidak selesa. Berada dalam situasi antara dibius dan sedar, dan mendengar bunyi perkakasan di dalam otak anda… menjadikannya sangat sukar untuk memberi tumpuan.”

“Ia satu kejayaan, ketika situasi paralisis menjadi risiko terbesar. Saya tidak dibius penuh, saya masih berupaya mengawal pergerakan sendi dan oleh sebab itu saya dalam semangat positif serta memulih dengan baik,” 

Oh, ada fungsi rupanya. Mungkin bagi golongan doktor ia perkara biasa, tapi orang biasa-biasa macam kita ni, rasa ia satu perkara yang unik kan?

 

Baca : Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan, Walaupun Doktor Kata ‘Kotor’

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.